CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Tentera Maut, Trak Dirempuh Kereta

26-7-2023 10:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1036| Komen: 8

Sepang: Anggota tentera maut selepas trak dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) hala ke Shah Alam, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia pada 8.50 malam ketika menerima rawatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

KEADAAN trak askar yang terbalik di Lebuh raya Elite. FOTO Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah trak dari Kem Rasah, Seremban menghala ke Subang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, trak dinaiki mereka dirempuh Nissan Almera dipandu lelaki berusia 21 tahun bersama tiga rakan dari arah Bandar Sri Putra Bangi menghala ke Petaling Jaya.


"Siasatan mendapati kereta berkenaan hilang kawalan akibat tayar pecah.

"Akibat perlanggaran itu, trak askar berkenaan masuk ke laluan bertentangan," katanya hari ini.

Menurutnya, pemandu dan tiga penumpang Nissan Almera yang juga tukang gunting berusia antara 20 hingga 22 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Semua anggota tentera di dalam trak berusia antara 31 hingga 39 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, seorang anggota berusia 31 tahun meninggal dunia jam 8.50 malam ketika menerima rawatan," katanya.

Menurutnya, punca kematian mangsa disahkan kerana pelbagai kecederaan akibat kemalangan itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aienul 26-7-2023 10:24 PM
Takziah kepada keluarga arwah. Banyak baca berita kemalangan maut 2 3 hari ni. Mohon semua berhati2
Quote sambaldurian 26-7-2023 10:25 PM
Almera tu msti bwk laju, klu bwk sedang2 tayar meletup ke pancit kena paku ke, sempat lg nk ke tepi jln kecemasan.
Quote antikorok 26-7-2023 10:49 PM
Tengok umor pemandu Almera tuh 21 haku erm ermm jelahhh, bawak lajuuu letewww sampai boleh tolak trak tentera yg besar berat gedabak sampai terbalik. Eh, selamat la pulek kesemua yg dlm Almera tuh siap takde cedera hape lagik
Quote azimodin 27-7-2023 08:18 AM
Aku sangkut kat sini sejam. Lepas serenia baru waze notify ada major accident. Lorong kiri je boleh lalu. Korang faham2 je la kat Elite ni lori jadi raja. Nasib baik aku awal jugak dah tukar ke lorong kiri, xde masalah sangat. Yg aku perhati susah sangat lori2 ni nak bagi laluan untuk orang tukar lorong dekat area accident.
Quote nazzse 27-7-2023 10:09 AM
azimodin: Aku sangkut kat sini sejam. Le ...


Elite tu klu jem bawak je la lane kiri lagi laju hah. Lane kanan tersemput2 brake tak habis, geram haku. Tapi mmg lori kat Elite ni hanat pun, kanan pun masuk,kereta bagi lampu pun taknak tukar lane
Quote nw111 27-7-2023 10:46 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun..power betul kete almari ni...langgar truck askar, tak jadi apa..
Quote Decaffeinated 27-7-2023 01:26 PM
Kena kaji SOP trak askar ni. So far aku tengok depa dok sumbat macam hangkut ayam ja. Kalau tergolek hampir pasti innalillah sorang dua.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.209094 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top