Ipoh: Polis sudah merakam percakapan tiga saksi susulan kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini yang membabitkan pelajar yang juga atlet sukan sepak takraw yang berlaku Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata tiga saksi itu membabitkan pengetua serta pelajar di sekolah berkenaan. Mengulas lanjut, katanya, akibat kejadian itu mangsa iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 yang berasal dari Kuala Lumpur mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul pelajar senior dari lelaki Tingkatan 5. "Mangsa hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini susulan kecederaan pada bahagian muka kirinya," katanya dalam kenyataan malam ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata tiga saksi itu membabitkan pengetua serta pelajar di sekolah berkenaan.
Mengulas lanjut, katanya, akibat kejadian itu mangsa iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 yang berasal dari Kuala Lumpur mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul pelajar senior dari lelaki Tingkatan 5. "Mangsa hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini susulan kecederaan pada bahagian muka kirinya," katanya dalam kenyataan malam ini. Mengulas kejadian Isnin lalu itu, katanya, mangsa dibuli beberapa kali dalam suatu tempoh masa yang membabitkan tarikh serta waktu yang berlainan. "Beberapa kali (mangsa dibuli), tidak spesifik (kejadian berlaku sekitar jam berapa)," katanya. Katanya lagi, kertas siasatan kes akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh siasatan kes buli berkenaan. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT