CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampar 30 Kali Dalam Masa 30 Saat Sampai Muka Bengkak Dan Merah, Bapa Rakam Video Sakitkan Bayi Supaya Ibu Pulang

26-7-2023 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 834| Komen: 5

BEIJING – Seorang lelaki di China dikecamselepas memuat naik klip video memaparkan dia menampar muka bayinya berkali-kali sebelum menghantar rakaman itu kepada ibu mangsa.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, menerusi kenyataan pihak berkuasa bandar Zhanjiang, lelaki bernama Deng itu bertengkar dengan kekasihnya, Chen awal bulan ini.


Dalam video yang direkod pada 4 Julai lalu, Deng dilihat memukul anak lelakinya sekitar 30 kali dalam masa 30 saat. 

Gambar Hiasan

Ketika bayi lelaki itu menangis, bapa yang kejam itu terus memukulnya sehingga wajah mangsa bertukar merah dan bengkak. 

Deng dikatakan berasa marah kerana terpaksa menjaga anaknya sendirian setelah dia ditinggalkan Chen. Dia menghantar video itu kepada wanita berkenaan agar bekas kekasihnya itu kembali kepadanya.

Bayi itu kini dijaga oleh pihak berkuasa tempatan, manakala Deng ditahan dan kes itu masih dalam siasatan. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 27-7-2023 02:32 AM
Giler punya setan!
Quote rosedemon 27-7-2023 08:47 AM
bodo piang apaknya
Quote Yoonggi 27-7-2023 08:52 AM
bodow jantan ni. hrp2 mereput di penjara
Quote Decaffeinated 27-7-2023 08:55 AM
bodoh maknya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.285890 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top