CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Terkunci Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas Terik

26-7-2023 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 790| Komen: 6

HOUSTON: Seorang bapa terpaksa memecahkan cermin depan keretanya untuk menyelamatkan bayinya yang terperangkap dalam kenderaan diparkir di bawah sinar matahari terik ketika gelombang haba terus melanda Amerika Syarikat (AS).


Daily Mail melaporkan, rakaman video menunjukkan aksi cemas bapa berusaha menyelamatkan bayinya di sebuah tempat parkir di Arlington, Texas, menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat berulang kali cuba memecahkan cermin keretanya dengan spanar tukar tayar untuk menyelamatkan bayinya.


Foto: Daily Mail

“Ketika suhu mencecah hampir 37 darjah Celsius, orang ramai menyaksikan kejadian itu sebelum seorang lagi lelaki tampil membantu individu memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan tiang besi lebih besar.

“Akhirnya, kedua-dua lelaki itu berjaya memecahkan cermin kereta sehingga ia cukup besar untuk memanjat dan membawa keluar anak kecil itu,” jelas laporan.


Sebuah lagi klip video tular menunjukkan seorang wanita memanjat kereta yang cermin depannya sudah dipecahkan untuk mengeluarkan bayi yang terperangkap.

Jabatan Polis Harlingen memaklumkan ibu bapa bayi itu secara tidak sengaja mengunci kereta dengan kunci dibiarkan di dalam kenderaan bersama anak mereka.

Jelasnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika cuaca panas mula memuncak.

Sementara itu, pegawai polis Harlingen, sarjan Larry Moore berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai selepas bayi itu diselamatkan.

Katanya, pasukan perubatan kecemasan juga tiba di tempat kejadian dan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi itu.

“Walaupun tertekan akibat kejadian itu, bayi berkenaan masih berada dalam keadaan baik,” jelasnya.

Setakat ini, tidak dapat pastikan berapa lama bayi itu terperangkap dalam kereta tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbi25 26-7-2023 07:41 PM
Tengok keadaan tu mesti lama terperangkap sebab sampai terpaksa ambil last option untuk pecahkan cermin kete
Quote rosedemon 27-7-2023 08:47 AM
nasib bek tak mati dah kira nasib bek da tu
Quote Decaffeinated 27-7-2023 08:59 AM
Kalau di tanah air wajiblah dah panggil BOMBA. 2 minit dah sampai.
Quote wajaman 27-7-2023 09:04 AM
kalu kt satu negara tu,mak bpk x bg pecah cermin..lg syg cermin dr anak,huh
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:32 AM
adehh bahaya tinggl bdk sendiri2 dlm kereta.. nsb xda apa2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053967 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top