CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pertama Kali Syafiq Farhain Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial "Nak Elak Orang Keliru, Ramai Ingat Saya Masih Bujang"

26-7-2023 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2051| Komen: 16

Syafiq Farhain pertama kali kongsi gambar anak di media sosial.

Katanya dia berkongsi gambar tersebut untuk  mengelak kekeliruan kerana masih ramai menyangka dia masih lelaki bujang.


Dia juga meluahkan rasa teruja bergelar bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Jun lalu.

Foto: IG

"Sebelum ini saya hanya kongsi sikit sahaja. Tak dedahkan wajah anak. Ramai juga yang bertanya malah ada yang masih belum tahu saya sudah berkahwin.

"Jadi perkongsian di sosial media itu menjawab segala persoalan. Apabila berkongsi sekurang-kurang orang tahu saya dah berpunya dan kini sudah jadi bapa,” katanya kepada mStar.

Syafiq sebelum ini berkongsi gambar sedang mendukung bayi perempuannya itu dengan kasyen ‘Bunga Abah’.



Dalam pada itu, penyanyi ini juga berkongsi nama anaknya iaiti Nur Eshal Zahra.

Tambah Syafiq, dia tiada sebrang niat dihatinya mahu menyembunyikan kisah peribadi apabila dilihat jarang berkongsi gambar keluarga di media sosial.

Katanya, akan tiba masa tertentu untuk dia menceritakan soal keluarga selain kisah perkembangan kerjaya.



"Bukanlah nak sorok anak. Tiada niat pun ke arah itu. Cuma memang saya ambil pendekatan jarang berkongsi di media sosial.

"Tetapi saya pun tidak tahu di kemudian hari. Mungkin melihat proges anak membesar nanti saya akan kongsikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal tampil dengan sebuah lagu baharu genre balada yang dijangkan mula dilancarkan Ogos ini.


Istimewanya muzik video lagu tersebut dirakamkan di Kuala Terengganu sehari sebelum anaknya dilahirkan.

"Satu kenangan yang tak boleh saya lupa. Sehari sebelum isteri bersalin sempat lagi saya pergi buat rakaman MV. Malah ketika itu isteri pun ikut sama.


"Lagu ini juga mendapat sentuhan saya sendiri dari segi penulisan lirik,” jelasnya.

Untuk rekod Syafiq dan isteri iaitu Alia Nadia, 29, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021. -CARI

Sumber: MStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-7-2023 08:58 AM
tak ada sape peduli oiiii ko sape???????????????
Quote KamikuP 27-7-2023 12:20 PM
Wpon dia ni dlm kategori katik, tapi dia pandai pose untk menunjukkan diri dia nampak tinnggi khuenn.. anyway tahniah jadi bapak..
Pakcik2 bujang yg berkuntum kat sini dah jadi abah ke belom? ekekekekekekekek
Quote Aneem 27-7-2023 12:21 PM
Bini yg suruh khennnn
Quote dudaberhias 27-7-2023 12:43 PM
tahniah gittuhhh... itu je kaka nak ucapkan...

btw heols nampak macam daddy2 herlok gittuh berbanding ayah dia...

Quote sleepandream 27-7-2023 02:51 PM
orang tau jeh kau dah kawen...
Quote supernaturalee 27-7-2023 03:08 PM
suara kau tak sedap
xyh berangan nk tiru suara arwahnya

Quote cantthinkofany 27-7-2023 04:37 PM

dah agak dahhhhh......
Quote mizzmimi 27-7-2023 08:38 PM
Semua picca kat atas tu baju sama beli pukal ke.. picca bawah sekali je ade katun2 tapi kaler sama..
Quote encikWawad 27-7-2023 09:23 PM
Ohh igt kan geng rogayah sulung
Quote chiyoasuka 27-7-2023 09:36 PM
Baru tau dia dah kahwin… ketinggalan bas sgt aku ni
Quote Revo2k17 27-7-2023 11:07 PM
supernaturalee replied at 27-7-2023 03:08 PM
suara kau tak sedap
xyh berangan nk tiru suara arwahnya

Dia suara guna hidung.. Berdengung jeee... Hengauuuu
Quote Suchi 27-7-2023 11:09 PM
Tak langsung muka DKK dia ni kan? Byk muka mak dia.
Quote Perawankota 28-7-2023 03:07 AM
Rasa2 bini dia yg insecure ni..
Quote supernaturalee 28-7-2023 08:10 AM
Revo2k17 replied at 27-7-2023 11:07 PM
Dia suara guna hidung.. Berdengung jeee... Hengauuuu

kannnn
soul mmg ke laut lah



Quote Honey_Inara 28-7-2023 04:35 PM
Dah kau sendiri macam sorok² tak nak tunjuk.. janganlah salahkan orang kalau orang sangka bujang.
Quote Kurex 28-7-2023 04:40 PM
Teringin nak bersandar atas dada sapik walaupun kurex tak kenan suara sapik nyanyi. Harapnya masa kurex bersandar atas dada tu, tak payah la sapik nyanyi, duduk diam jah. Silap2 kalau sapik nyanyi, terus kurex buat cakar rimau dekat dada tu!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035424 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top