View: 1935|Reply: 16
|
Pertama Kali Syafiq Farhain Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial "Nak Elak Orang Keliru, Ramai Ingat Saya Masih Bujang"
[Copy link]
|
|
Syafiq Farhain pertama kali kongsi gambar anak di media sosial.
Katanya dia berkongsi gambar tersebut untuk mengelak kekeliruan kerana masih ramai menyangka dia masih lelaki bujang.
Dia juga meluahkan rasa teruja bergelar bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Jun lalu.
Foto: IG
"Sebelum ini saya hanya kongsi sikit sahaja. Tak dedahkan wajah anak. Ramai juga yang bertanya malah ada yang masih belum tahu saya sudah berkahwin.
"Jadi perkongsian di sosial media itu menjawab segala persoalan. Apabila berkongsi sekurang-kurang orang tahu saya dah berpunya dan kini sudah jadi bapa,” katanya kepada mStar.
Syafiq sebelum ini berkongsi gambar sedang mendukung bayi perempuannya itu dengan kasyen ‘Bunga Abah’.
Dalam pada itu, penyanyi ini juga berkongsi nama anaknya iaiti Nur Eshal Zahra.
Tambah Syafiq, dia tiada sebrang niat dihatinya mahu menyembunyikan kisah peribadi apabila dilihat jarang berkongsi gambar keluarga di media sosial.
Katanya, akan tiba masa tertentu untuk dia menceritakan soal keluarga selain kisah perkembangan kerjaya.
"Bukanlah nak sorok anak. Tiada niat pun ke arah itu. Cuma memang saya ambil pendekatan jarang berkongsi di media sosial.
"Tetapi saya pun tidak tahu di kemudian hari. Mungkin melihat proges anak membesar nanti saya akan kongsikan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal tampil dengan sebuah lagu baharu genre balada yang dijangkan mula dilancarkan Ogos ini.
Istimewanya muzik video lagu tersebut dirakamkan di Kuala Terengganu sehari sebelum anaknya dilahirkan.
"Satu kenangan yang tak boleh saya lupa. Sehari sebelum isteri bersalin sempat lagi saya pergi buat rakaman MV. Malah ketika itu isteri pun ikut sama.
"Lagu ini juga mendapat sentuhan saya sendiri dari segi penulisan lirik,” jelasnya.
Untuk rekod Syafiq dan isteri iaitu Alia Nadia, 29, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021. -CARI
Sumber: MStar
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada sape peduli oiiii ko sape??????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Wpon dia ni dlm kategori katik, tapi dia pandai pose untk menunjukkan diri dia nampak tinnggi khuenn.. anyway tahniah jadi bapak..
Pakcik2 bujang yg berkuntum kat sini dah jadi abah ke belom? ekekekekekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah gittuhhh... itu je kaka nak ucapkan...
btw heols nampak macam daddy2 herlok gittuh berbanding ayah dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang tau jeh kau dah kawen...
|
|
|
|
|
|
|
|
suara kau tak sedap
xyh berangan nk tiru suara arwahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua picca kat atas tu baju sama beli pukal ke.. picca bawah sekali je ade katun2 tapi kaler sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh igt kan geng rogayah sulung |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau dia dah kahwin… ketinggalan bas sgt aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak langsung muka DKK dia ni kan? Byk muka mak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa2 bini dia yg insecure ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kannnn
soul mmg ke laut lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kau sendiri macam sorok² tak nak tunjuk.. janganlah salahkan orang kalau orang sangka bujang. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak bersandar atas dada sapik walaupun kurex tak kenan suara sapik nyanyi. Harapnya masa kurex bersandar atas dada tu, tak payah la sapik nyanyi, duduk diam jah. Silap2 kalau sapik nyanyi, terus kurex buat cakar rimau dekat dada tu! |
|
|
|
|
|
|
| |
|