CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Ditahan Bersama Wang RM38 Juta, Emas RM60 Juta Dan 17 Kereta Mewah

26-7-2023 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4614| Komen: 47

PETALING JAYA – Ahli perniagaan bergelar Datuk serta ahli sekutunya ditahan dalam Op 82S, manakala sejumlah wang tunai kira-kira RM38 juta, emas anggaran berat 200 kilogram bernilai RM60 juta serta 17 buah kereta mewah disita.


Antara kereta jenama mewah yang disita adalah Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

Sumber berkata, Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan operasi besar-besaran Isnin lalu.

Foto: Kosmo

Ujar sumber,dalam operasi itu, serbuan serentak telah dilakukan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.

“Operasi tersebut sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

“Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya telah ditahan dan sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah juga telah disita,” katanya hari ini.


Jelas sumber, operasi yang diberi nama Op 82S merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 26-7-2023 06:23 PM
Amboi banyaknyalah duit dia..den ni..nk kata RM 38 pun, susah nk ada dekat tgn...miskin sungguh rasa tp taklah papa kedana... kehkehkeh
Quote Decaffeinated 26-7-2023 06:31 PM
Simpan banyak2 kat rumah nak beli apa?

Quote mejaputih 26-7-2023 06:32 PM
Harap jgn terlepas mcm ari tu..
Quote asamfish 26-7-2023 06:34 PM
adakah pak mertua artis tu kewwww?  aku main teka jewww...
Quote riyadhK 26-7-2023 06:38 PM
Geng Malik jgk ke?
Quote Thunderclouds 26-7-2023 07:02 PM
Kap lam ya nga kan?
Quote CiliPadiSedap 26-7-2023 07:09 PM
dah nak dekat prn ni macam2 ajaib berlaku
Quote Ayda89 26-7-2023 07:10 PM
Datuk manaaa?
Quote putriTS 26-7-2023 07:24 PM
Macam kelly je...tengok design2 rantai emas tu semua. Kaya betul eh.
Quote bbi25 26-7-2023 07:29 PM
WOW duit banyak trade AMarkets ka Datuk?
Quote VespaSilbe 26-7-2023 07:48 PM
Iols tgk rantai katanya 200kg.. lebih kurang je semua.. macam tadak beza sgt
Quote biskutraya 26-7-2023 09:18 PM
Berapa lama la sprm mengendap die ni.. banyaknya.. bisnes ape la ni..
Quote OshinDaSolja 26-7-2023 10:18 PM
serahkan duit rampasan tu kepada bank negara dan intervene buy Ringgit dlam market...tu satu cara nk tingkatkan nilai Ringgit...
Quote grouper 26-7-2023 10:21 PM
Nape xde org yg speku sape dia ...gosip retis cepat je semua nak speku...
Quote cmf_premierleag 26-7-2023 10:36 PM
Nama malik..tp muka dan bau mcm kelly ng
Quote cmf_premierleag 26-7-2023 10:37 PM
VespaSilbe replied at 26-7-2023 07:48 PM
Iols tgk rantai katanya 200kg.. lebih kurang je semua.. macam tadak beza sgt

Tgk mcm emas zhulian jah..takpun mcm kat Panda Eyes tmpt bbnu hijabista beli aksesori emas celup
Quote cmf_premierleag 26-7-2023 10:38 PM
Tgk jam tangan yg dia pakai pun mcm cokia jah walau netizen kata jam tu rege 5 jota
Tgk kt twidder sana la..pi la cari sendiri.malas nk share sini
Quote jihyomelly 26-7-2023 10:40 PM
nama malik ala perenang solo dulu yg muka mamak2,.tgk kat ig baru kenal kalau x harap aku pun x kenal sapa hehehe
Quote VespaSilbe 26-7-2023 10:50 PM
cmf_premierleag replied at 26-7-2023 10:37 PM
Tgk mcm emas zhulian jah..takpun mcm kat Panda Eyes tmpt bbnu hijabista beli aksesori emas celup ; ...

Anak iols kata kereta kaler maler set2 tu la.. pekat2

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.158065 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top