CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak Perempuan Dan Suami Sanggup Cukur Rambut Macam Botak, Tanda Sokongan Kepada Ibu Hidap Kanser Tahap Empat

26-7-2023 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2030| Komen: 24

PETALING JAYA – Empat sekeluarga sanggup mencukur rambut bagi memberi sokongan kepada ibu mereka yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Menerusi video Kidesumi di TikTok, tiga beradik termasuk ayah mereka bergilir-gilir mencukur rambut di sebuah salun sambil menitiskan air mata.




“Mama jangan khuatir, kita akan hadapi semuanya bersama-sama ya. Saya tahu ini sangat berat untuk kita semua tetapi saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Tambahnya, ibunya itu merupakan wanita yang kuat selain rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat namun semuanya berubah sekelip mata selepas disahkan menghidap kanser.



“Namun takdir mama sudah tertulis sebegini. Kita hanya mampu menerima “hadiah” ini dengan hati yang terbuka.

“Dua bulan terakhir ini juga adalah waktu yang cukup singkat untuk kita semua ubah semuanya.

Dalam pada itu, pengorbanan mereka dengan mencukur kepala bertujuan untuk membantu ibunya berdamai dengan takdir dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai bersimpati dan mendoakan kesihatan buat ibunya.

“Kak, mama saya juga pernah menjadi pejuang kanser. Alhamdulillah sekarang sihat, yang penting sentiasa bersemangat untuk sembuh, itu kunci utamanya,” tulis Rio.

“Semoga cepat sembuh, kuatkan semangat untuk keluarga tersayang,” ujar Gina. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko12 26-7-2023 08:45 PM
aww such a supportive family la diorang ni
Quote Triple_8 26-7-2023 08:56 PM
Supportive cara orang kapiaq. Bersedialah untuk cabut gigi pula!
Quote intan244 27-7-2023 02:44 AM
Edited by intan244 at 27-7-2023 02:46 AM

pakai tudung, kulit kepala pon aurat ya walaupon dah xde rambut.

pepon, semoga cept sembuh makcik.
Quote Orenn1 27-7-2023 03:13 AM
Hrp family ni tabah dgn mulut nerakazen yg kecoh psl aurat, sibuk betul nak decide utk org huh
Quote BoongaKertas 27-7-2023 08:24 AM
alhamdulillah, family members semua supportive kan. bagusnya. moga diberikan kesenangan dlm setiap urusan aunty ni.
Quote rosedemon 27-7-2023 08:45 AM
mmla spportive slhnya mak ko tu dah sakit xreti lg ke nk btudung
Quote Decaffeinated 27-7-2023 09:18 AM
Quite frankly I don't see the point.

Tapi kalau itu yang membuatkan mereka bahagia by all means.

Quote nurkasih74 27-7-2023 09:25 AM
Moga diberikan kesembuhan buat ibu mereka. Cumanya, secara general.. aku terpikir2.. ujian termsk sakit esp. sepatutnya lbh mendekatkan kita kpd Sang Pencipta.. Wallahua’lam
Quote talapia 27-7-2023 09:28 AM
ada tertengok 1 video kt tiktok ke mane entah.. sorang prempuan ni gi saloon.. nk botakkan kepala.. budak lelaki yg botakkan kepala dia tanye kenapa nk botak.. dia jawab sbb dia ada cancer.. n rambut gugur banyak.. so decide nk botak je la..

as a tanda sokongan.. dengan selamba.. budak lelaki tu.. zaaas je mesin cukur tu kt kepala sendiri.. sambil2 cukur rambut pelanggan tu. dia botakkan kepala dia sendiri tanda support. pastu kawan dia tengok.. kawan dia pon sama hulur kepala untuk botak.. so adala kot 3 orang budak saloon tu botakkan kepala.

Nangis customer tu.. terharu dengan sokongan budak2 tu.

Well.. pada kita mungkin rasa.. takde apa pon botakkan kepala.. apa kau dapat botakkan kepala tu.. bukan dia jadi sihat pon..

tapi morally.. mungkin pesakit tu rasa she is not alone ..
Quote Decaffeinated 27-7-2023 09:30 AM
Orenn1 replied at 27-7-2023 03:13 AM
Hrp family ni tabah dgn mulut nerakazen yg kecoh psl aurat, sibuk betul nak decide utk org huh

Mereka telah dididik sebegitu dan merasa wajib untuk mengajak satu dunia menurut apa yang mereka percaya. Little do they care if people are actually interested in what they believe. Janji aku dah sound katanya sambil berlalu pergi.
Quote Orenn1 27-7-2023 05:27 PM
Decaffeinated replied at 27-7-2023 01:30 AM
Mereka telah dididik sebegitu dan merasa wajib untuk mengajak satu dunia menurut apa yang mereka p ...

Melampau, menjadi2 perangaii suka tegur hal aurat org semua ni. Baca kat mana2 pun mesti jumpa ramai gini. Pprt betul perangai duk teguf ofg pakai tudung tak pakai tudung.
Quote Lagubestbest 27-7-2023 05:50 PM
i lagi stress gini bangun pagi view dalam rumah semua ropa penkid dah.
Quote faraway1 27-7-2023 11:17 PM
Teringat masa my husband botakkan kepala dia untuk kasi rambut dia untuk buat rambut palsu bagi kekanak kanser...

Quote dudaberhias 28-7-2023 12:14 AM
Orenn1 replied at 27-7-2023 03:13 AM
Hrp family ni tabah dgn mulut nerakazen yg kecoh psl aurat, sibuk betul nak decide utk org huh


Khennn... Apa ke gila orang sakit kanser pun nak jadi mangsa polis aurat padahal tu dosa peribadi theyols takde sangkut paut dengan sesape pun...

Dalam Islam pun takde hukuman untuk orang tak tutup aurat melainkan undang2 dari negeri serambi sampoh tu...

Aiyooo...

Terpaling nak jadi islam hanya tang aurat dan dosa orang... Bab2 lain macam buka benda lagha dan porn semua tu ikut ajaran kapir elok pulak...

Quote sekngucing 28-7-2023 12:43 AM
Orenn1 replied at 27-7-2023 05:27 PM
Melampau, menjadi2 perangaii suka tegur hal aurat org semua ni. Baca kat mana2 pun mesti jumpa ram ...

petangtadi tgok kanak kanak main bola jaring di putrajaya

semua kanak kanak umur 5 tahun tu bertudung....

bukankah aurat dikira apabila baligh? kesian kanak kanak tu kecik2 dah dipaksa

anyway bab aurat ni sama ja dgn wanita muslim tak boleh bersendirian tanpa muhrim

aurat dikuatkuasakan di malaysia..bab wanita bererak sendirian tak pula..kenapa? sebab susah
wanita malaysia bekerja..bergerak sana sini..bak contohi saudi kuatkuasakan wanita mesti keluar ditemani mahram sangat tak praktikal...
Quote Orenn1 28-7-2023 01:59 AM
dudaberhias replied at 27-7-2023 04:14 PM
Khennn... Apa ke gila orang sakit kanser pun nak jadi mangsa polis aurat padahal tu dosa peribadi  ...

Itulah mmg teruk sgt dah kat negara kita, mmg majoriti melayu suka komen psl hal aurat org, ye padahal itu hal peribadi. Teruk sgt mentaliti dorg, takde rasa segan nak campur urusan personal org sampai thp tu.  

Mmg pun dorg sibuk psl aurat jah psl lain out, klu jumpa duit kat atm org2 yg sama akan mencuri huh
Quote Orenn1 28-7-2023 02:12 AM
sekngucing replied at 27-7-2023 04:43 PM
petangtadi tgok kanak kanak main bola jaring di putrajaya

semua kanak kanak umur 5 tahun tu bertu ...

Itulah sengkucing, budak2 pompuan skrg kecik2 lagi dah kena bungkoss kepala, teringat pulak @maideen bila sebut bungkoss kepala ni. Dah nampak mcm pemandangan negara taliban. Memang kesian kat dorg tak merasa pakai skitt semua. Zaman kita dulu besar2 tu g tadika sempat merasa pakai seluar katak lagi, skrg kecik2 dah kena bungkoss. Klu parents tak bungkoss pun bila anak pegi sekolah, kat sekolah asyik kena sindir psl tak pakai tudung. Dulu2 tok nenek moyang kita mana pakai tudung, siap berjiget semua boleh. Skrg ni dah mcm taliban. Masalahnyako nak taliban sorg2 bungkos bagaiii tak kaco org tak apa lah lagi, ni tak semua org dorg nak tegur. Hormatlah org skitt.

Itulah kan jenis amalan terpilih, bab tudung dorg kecoh, bab pompuan keluar pegi keja tak apa pulak sbb jantans tahu dorg tak mampu tanggung family sorg2 huh
Quote Orenn1 28-7-2023 02:18 AM
Org sakit kanser dorg kecoh psl aurat. Aurat tu hal personal dorg. Jaga kepala sendiri sudah. huh
Quote sharlenetexas 28-7-2023 03:33 AM
talapia replied at 27-7-2023 09:28 AM
ada tertengok 1 video kt tiktok ke mane entah.. sorang prempuan ni gi saloon.. nk botakkan kepala..  ...

Terharunya rasa.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 1.731386 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top