Seorang wanita disindir oleh ibu bapa sendiri gara-gara 'terkurang' memberi belanja bulanan. Tak mendedahkan identiti, wanita itu sedikit kecewa kerana ibu bapanya seolah-olah tidak memahami situasinya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
"Tahun ni I dah nak kahwin, so now I dah tunang. Kalau I dah bagi duit bulanan, ada satu hari tu, bapa I cakap 'Ni je?? Macam makin sikit je'. "Dia macam tak faham-faham I awal-awal dah mention makin nak dekat date kahwin ni, I akan jimat-jimat duit. Ada satu bulan tu I kasi diorang kurang RM50 sebab I nak servis kereta. "I ada la sekali tu minta tolong sebab I tengah sesak, nak pinjam sikit duit mak I. Dia cakap tak ada duit, then I okay je lah, takpe. I cari cara lain," luahnya di media sosial. Disebabkan reaksi tersebut, wanita berkenaan berkata dia kecil hati namun hanya mampu menyimpan perasaan kerana enggan mengeruhkan keadaan.
"Entahlah. Kadang parents yang asyik mengharapkan balasan duit daripada anak ni jadi tak best pula. "Daripada ikhlas bagi duit setiap bulan, jadi entah macam rasa tak suka pula sebab nanti takut dapat respons macam bagi diaorang tak cukup," ujarnya. Menambahkan lagi rasa sedih, wanita berkenaan berkata ibu bapanya juga sering melontarkan kata-kata berbaur perlian tanpa mengambil kira perasaannya sebagai seorang anak. "Sometimes mak I kan suka tau perli-perli. 'Untunglah lepas ni dah ada orang jadi driver dia, pegi mana-mana sekarang ni dengan tunang dia je.' "Masalahnya since kitaorang tunang ni dah sangat jarang keluar date sebab iyalah, date (tarikh) kahwin nak dekat so focus benda penting sajalah. "Salah ke kalau I nak spend time nanti dengan dia. Pergi sana sini lepas kahwin dan everything kalau dia lebihkan I pun no issue sebab kitaorang nanti kahwin juga. "Mak I punya cara macam I ni dah kahwin terus jadi lupa daratan. Geram betul everytime dia mention macam tu. Kecil hati sangat-sangat. I bukannya lepas kahwin terus ikut laki I. "Kitaorang memang plan nak duduk dengan parents jaga diaorang sementara ada ni," ujarnya lagi. Di ruangan komen ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan wanita berkenaan, malah ada juga yang mengakui melalui pengalaman yang lebih teruk sehingga pernah tidak bertegur sapa. Namun rata-ratanya menasihatkan wanita tersebut supaya bersabar selain berpindah keluar apabila sudah berkahwin kelak. "Allah. Saya simpati dengan situasi saudari ni. Saya harap beliau boleh bertabah. Dan ingat setia dengan suami tu. Bukan buang parents. Tapi stick with your husband. "Tak payahlah nak duduk dengan parents. Nanti suami awak pula dia kawal. Parents takde hak ye nak kawal anak lepas dia dah bersuami. Suami tu jadi syurga kita. "Kalau tak kerja tak tahu la diaorang react macam mana pula. Lagi teruk confessor kena perli agaknya," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Nurul8001 replied at 26-7-2023 07:49 PM
Kesiannya. Mak pak yg bukan ex kerja gomen ni memang mcm ni ke? Saya tanya sbb betul2 nak tau. Paren ...
Nurul8001 replied at 26-7-2023 07:49 PM
Kesiannya. Mak pak yg bukan ex kerja gomen ni memang mcm ni ke? Saya tanya sbb betul2 nak tau. Paren ...
isseliparjepun replied at 26-7-2023 08:21 PM
Tapi bila mak ayah yang rasa kecik hati anak anak bagi sikit bulan bulan ni, I taktau la. Semoga kit ...
Tapi bila mak ayah yang rasa kecik hati anak anak bagi sikit bulan bulan ni
kawaiichicken replied at 26-7-2023 06:00 PM
ada ya mak toxic.. syurga di bawak tapak kaki ibu katanya bila2 masa boleh sumpah xhalalkan susu ibu ...
"Tak payahlah nak duduk dengan parents. Nanti suami awak pula dia kawal. Parents takde hak ye nak kawal anak lepas dia dah bersuami. Suami tu jadi syurga kita.
ADVERTISEMENT