CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Taman Tema Air Baik Hati Tawar Kerja Kepada Laki Bini Mencuri Untuk Kurangkan Kos Perniagaan

26-7-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 615| Komen: 4

Seorang pemilik taman tema air di wilayah Isaan, Thailand menawar pekerjaan selepas menarik balik aduan terhadap sepasang suami isteri yang mencuri dari kedainya.

Thaiger melaporkan, kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum itu merakam tindakan Sarawut, 29, mencuri makanan dari sebuah kedai di Taman Air Aloha pada 4 Julai lalu, manakala isterinya, Arun, 43, dan anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun menjadi pemerhati.



Sarawut dirakam mencuri bahan minuman di kedai Pitsanu. - MGR Online

Sarawut mencuri minuman teh hijau, susu pekat dan beberapa bahan membuat minuman lain sebelum meletakkannya ke dalam beg. Dia kemudian berlalu sebelum berlari tergesa-gesa bersama keluarganya menggunakan motosikal.

Pemilik taman air tersebut, Pitsanu Siripongtanakorn, menyerahkan bukti rakaman tersebut di Balai Polis Meaung Sakon Nakhon sebelum pasangan itu ditangkap Isnin lalu di rumah sewa mereka.


Pasangan berkenaan kemudian mengakui kesalahan mereka.

Arun berkata, dia menyara keluarganya dengan menjual makanan pencuci mulut buatan sendiri dan mencuri bahan-bahan tersebut untuk mengurangkan kos perniagaan serta meningkatkan pendapatan.

Selepas Pitsanu berjumpa dengan kedua-dua suspek di balai polis, dia berasa kasihan melihat anak pasangan berkenaan, lantas menarik balik tuduhan terhadap mereka.

Dia juga menawarkan pekerjaan kepada pasangan tersebut di taman airnya setelah mengetahui bahawa mereka sukar untuk menyara kehidupan dan menghadapi risiko dihalau dari rumah sewa.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 26-7-2023 08:58 PM
Bagus bagi peluang. Harap yg ditolong tu, jangan la buat taik dekat bos baru tu nanti
Quote cik-jaja 27-7-2023 07:55 AM
jangan tolong anjing tersepit dah la
Quote Decaffeinated 27-7-2023 04:00 PM
Tarik report maybe tapi aku tak kan amik risiko. Satu keluarga ni berbakat.

Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:37 AM
syukurlah d bantu.. klu dah d bantu jgn lupa diri plak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050994 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top