CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Berang Ibu Perdajal! Konon Nak Simpankan Duit Gaji RM3500 Sebulan, 12 Tahun Hasilnya Hanya Rm7000 Je

26-7-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1285| Komen: 7

Seroang wanita rasa dikhianati apabila memberikan hampir semua gaji kepada ibunya selama 12 tahun namun hasilnya mengecewakan.

Dia terkejut apabila mendapati wang itu hanya tinggal TWD$50,000 (RM7,300).


Laman berita HK01 melaporkan, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu berkongsi nasibnya dalam forum Facebook Anonymous 2 Community.

Foto: SCMP

Dia berkata telah menyerahkan hampir semua gaji bulanannya sebanyak TWD$24,000 (RM3,500) kepada ibunya sejak tamat pengajian dan hanya mengambil TWD$4,500 (RM656) untuk perbelanjaan asas bulanan.

Tambahnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana percaya kata-kata ibunya sebelum ini.

"Kalau kamu bagi mak uruskan wang kamu sekarang, kamu akan berterima kasih kepada mak pada masa hadapan," demikian kata-kata ibunya yang berjaya meyakinkan si anak.

Ibunya juga memberi jaminan bahawa dia boleh meminta wangnya itu jika diperlukan, tetapi berlaku situasi sebaliknya.


"Saya masih ingat pernah sekali saya nak kerintingkan rambut dan minta mak keluarkan TWD$3,000 (RM438), tapi saya dimarahi kerana membazir,” katanya.

Lebih menyedihkan, apabila lapar dan tidak cukup wang untuk makanan, dia sanggup tidak meminta daripada ibunya kerana bimbang dimarahi.

Wanita itu menganggarkan selepas 12 tahun wang simpanan yang dipegang ibunya bernilai RM390,000.

Bagaimanapun, apabila mahu berkahwin dan menerima buku bank daripada ibunya, dia terkedu apabila wang simpanannya cuma tinggal RM7,300 dalam akaun.

Walaupun terkejut, dia tidak bertanya kepada ibunya tentang wang tersebut tetapi mengakui kecewa dengan kecurian itu serta sikap ibu bapanya terhadap wang dan anak-anak.

"Mereka percaya lumrah anak-anak cari wang untuk ibu bapa," katanya.

Dia kini menguruskan wang sendiri dan sejak kejadian itu masih belum bersemuka dengan ibunya yang masih bertanyakan tentang gajinya.

"Memandangkan saya dan suami mempunyai gadai janji, pinjaman kereta, perbelanjaan keluarga dan dua anak untuk ditanggung, tekanan kewangan adalah ketara. Saya tak berani beritahu pendapatan saya,” katanya.

Kisahnya mendapat pelbagai reaksi warganet yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

"Ibu kamu berbohong kepada kamu tapi ibu saya terus ugut! Dia suruh saya keluar jika tak beri wang.

"Semasa kecil, ibu janji nak simpan semua duit raya yang diterima pada Tahun Baru Cina, tapi kemudian dia terus lupa.

"Jika anda nak hidup tenang, tak perlu dedahkan gaji sebenar. Konteks sosial semasa telah berubah dan begitu juga sikap ibu bapa. Mereka tak sepatutnya berulang kali menggunakan manipulasi emosi,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar/SCMP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-7-2023 08:43 AM
hahahaha kena scam ngn mak sndiri yg engko bodo sgt bg duit gaji org lain simpan tu dah kenapa
Quote ninja boy 27-7-2023 08:52 AM
Scammer kalangan rakan sekerja family sibling lagi bahaya
Quote SalenaGomez 27-7-2023 09:01 AM
Kalau tahun pertama buat gitu boleh lah…sebab muda lagi n x tahu apa2

Lepas tu x reti2 ke nak bukak buku saving sendiri….

Kalau mak sendiri mmg terer buat investment, then adalah reason kenapa nak invest / pass kat mak sendiri utk investment ke…

Agaknya mmg sejenis anak mak, x putus susu lagi dan duk bawah ketiak mak lagi

Ibu ni pon manusia biasa. Bkn nak kata jgn percaya ibu sendiri terus. Tp kena la ada sikap independent
Quote Lolalala 27-7-2023 09:08 AM
Emaknya pun....kalau 50k tinggal, x laaa bengang anaknya tu. Ni berjudi ke apa?
Quote Decaffeinated 27-7-2023 10:17 AM
Cerita sebelah pihak cina kapir pun editor Cari nak sebar. Dosa subahat memburukkan mak2 ko nak tanggung ka?
Quote Tinot7 27-7-2023 10:24 AM
Iols kenai sorang minah cainis ni pun wat menda sama.. gaji bg teruih kat mak dia simpan.. mmg mak dia masukkkan dlm fd.. cukup haul, dia gunakan utk beli kondo. Tapi sblm tu nak survive mmg dia wat lokum kaw2 la.. makpak dia yg tanggung dia blajaq medik kat ruski.. hat ni mmg mak simpankan la gaji dia tu..
Quote brego 27-7-2023 10:34 AM
kisah drama kat taiwan pun nak share ke sini

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061239 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top