CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Direstui Sebab Badan Penuh Tanda Lahir, Bakal Mentua Risau Keturunan Rosak

26-7-2023 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3054| Komen: 33

Pilu hati seorang gadis bernama Sabrina Fellani yang dipandang rendah oleh bakal mentuanya hanya kerana banyak tanda lahir di wajah dan seluruh badan.

Difahamkan, keadaannya itu didiagnosis doktor sejak dalam kandungan ibunya lagi.



IG

Selain tidak ramai kawan sepanjang membesar, dugaan terberat dialami Sabrina adalah impiannya pernah dipatahkan guru sendiri. 

Meskipun bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang kulinari, pendidik berkenaan menzahirkan rasa khuatir sekiranya tiada pihak restoran yang mahu mengambilnya sebagai pelajar pelatih bagi tujuan latihan industri nanti. 

Justeru dia dicadangkan untuk mengambil kursus lain sahaja.


IG


Lebih memeritkan, Sabrina pernah ditolak bakal mentuanya sendiri kerana memiliki kelainan sebegitu. 

Di kala teman lelakinya boleh menerima keadaan itu dengan ikhlas, pihak keluarga pula membantah dengan alasan khuatir keturunan mereka akan ‘rosak’, walhal tompokan hitam cumalah tanda lahir biasa dan ia tidak akan menjejaskan genetik anak. 



Dahulu, datuknya pernah tawarkan untuk menaja kos pembedahan, namun dia menolak dan pilih untuk meraikan anugerah Allah ini dengan cukup positif.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 26-7-2023 05:11 PM
kasihan, mungkin wanita tersebut boleh buat sedikit plastic surgery
Quote hareeeesah 26-7-2023 06:48 PM
Iols ada kenal sorg yg mcm ni elok dh kawin ada ank, ank dia ok je xde mcm ni pun.. cuma nk cari yg sanggup xsanggup je la pasangan & inlaws boleh terima ke x.
Quote Tinot7 26-7-2023 06:52 PM
Voley jahh kaver dgn mekap.. mcm mamat iedilputra pun kaver pakai mekap, kan?
Quote anony-mous 26-7-2023 07:42 PM
X boleh buang ke? Soalan serius.
Quote Zazama 26-7-2023 09:54 PM
Sayunya dengar cerita dia. Dia tak minta pun dilahir sebegitu. Ujian
berat utk dia. Mudah2an dimurahkan rezeki dapat pekerjaan yg diminati. Amin..
Quote Orix 27-7-2023 01:09 AM
siannya. iols ada jerawat seketul kt hidung pn dh stress yakkmattt
Quote cik-jaja 27-7-2023 08:00 AM
ko memang kuat kak, atok nak taja kos bedah pun tak nak..nak meraikan anugerah Allah katanya
Quote xtravaganza 27-7-2023 09:10 AM
Ehhh kulit dia cantik la even ada tanda lahir bnyk2 tu.
Quote Yoonggi 27-7-2023 09:11 AM
lawa je orgnya. xde jodoh la tu dgn yg rijek tu. ada yg lebih bgs lg utk ko dek
Quote SalenaGomez 27-7-2023 09:14 AM
hareeeesah replied at 26-7-2023 06:48 PM
Iols ada kenal sorg yg mcm ni elok dh kawin ada ank, ank dia ok je xde mcm ni pun.. cuma nk cari yg  ...

Cari je lah bakal hubby yang anak yatim. Senang x byk kerenah nak layan dlm family in law
Quote SalenaGomez 27-7-2023 09:16 AM
anony-mous replied at 26-7-2023 07:42 PM
X boleh buang ke? Soalan serius.

Bahaya kan takut cancer

Rasanya dia kena rajin check up kulit like once a year atau 2 years

Kalau org normal ada tumbuh tahi lalat ni mmg kena alert sbb takut cancer kulit
Quote bottombikini 27-7-2023 09:29 AM
apalah salahnya kalau pegi buat rawatan
hujung2 salahkan org tak menerimahaiyaa
Quote esbok 27-7-2023 11:44 AM
kenapa kesian? tuan badan pun happy. relak je dia. dia suka uniqueness dia. orang lain beria kesian kan dia.
Quote Decaffeinated 27-7-2023 02:06 PM
Boleh ja nak pakai niqab bila kuar rumah

Cuma untuk cari laki cuba buang 2 yang paling besar tu ja. Bila dah kurang ngeri ramai ja yang boleh terima kot.


Quote Decaffeinated 27-7-2023 02:10 PM
SalenaGomez replied at 27-7-2023 09:14 AM
Cari je lah bakal hubby yang anak yatim. Senang x byk kerenah nak layan dlm family in law

Nak cari yang tak yatim pun susah tambah pula lagi satu syarat.
Quote supernaturalee 27-7-2023 02:13 PM
amboi yg 1st nmpk mancung
sekali dlm video jambu air

Quote kuzaime 27-7-2023 02:31 PM
Teringat kat sorang kakak ni dulu. Masa tu pergi balik kerja aku naik bas. Memang dia pun kerap naik bas yg sama dgn aku.

1st time nampak dia, terdetik dlm hati kesiannya akak tu, bawah mata sampai ke pipi dia kaler mcm lebam birat macam kena tinju dek laki. Tapi lepas berbulan2 pun asal terserempak keadaan 'lebam birat' tu sama aje x berubah, baru aku tau tu tanda lahir dia
Quote sangbara2020 27-7-2023 02:36 PM
putih kulitnya uolls
Quote tokchik 27-7-2023 02:45 PM
kuzaime replied at 27-7-2023 02:31 PM
Teringat kat sorang kakak ni dulu. Masa tu pergi balik kerja aku naik bas. Memang dia pun kerap naik ...

jiran sebelah rumah aku sewaktu menyewa di gelang patah sekitar tahun 90an. pipi sebelah kanan nya suku muka ada tanda lahir hitam ditutupnya dgn rambut,
rasa rendah diri nya amat kuat.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064141 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top