Suasana di sebuah pawagam di Brazil menjadi gamat apabila tercetus pergaduhan selepas seorang ibu didakwa membiarkan anaknya membuka YouTube dengan kuat sewaktu menonton filem fenomena, Barbie.
Menerusi video tular di TikTok itu, kelihatan seorang wanita berbaju merah jambu dipukul seorang perempuan lain dengan latar belakang 'end credit' filem berkenaan. Bagaimanapun, TMZ yang dipetik Gempak melaporkan mengenai kejadian tidak mengetahui siapa yang memulakan pergaduhan tersebut. Barbie yang mencetus fenomena bagaimanapun berdepan kontroversi dan diharamkan di Vietnam kerana menggambarkan garisan sembilan sempang kontroversi China. Pun begitu, filem lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu berjaya mengumpul RM1.2 bilion pada minggu pertama tayangannya. - CARI
|
intan244 replied at 27-7-2023 02:31 AM
oo Ryan Gosling, kena pi tgk ni
prizadane replied at 27-7-2023 08:16 AM
Iols actually before tengok movie ni, macam frust kenapa la Ryan Gosling accept watak ni. Seriousl ...
ADVERTISEMENT