Nasir Bilal Khan, 63, pernah dilema apabila diminta memilih antara bidang seni atau kekasih. Nasir berkata, ketika berusia 20-an, dia mempunyai kekasih dan kekasihnya itu meminta kata putus sama ada memilihnya atau bidang teater yang diminati.
"Masa itu saya fikir anak saya akan membesar dalam satu masyarakat. Kalau masyarakat itu tak elok, kemungkinan besar anak saya akan terikut jadi tak elok. "Dan saya terbabit dalam bidang teater kerana saya nak membentuk pemikiran masyarakat. Bila dia suruh pilih, saya pilih teater dan tinggalkan dia. Masa itu saya 'frust menonggeng' juga "Saya memang suka dia. Dia nak suruh pilih, saya pilih teater. Tapi apabila dah bekerja, bekerja, ada satu ketika saya kecewa juga. Bila nak buat kerja banyak rintangan. Sepatutnya kita saling memahami," katanya. Nasir yang terkenal sebagai Tok Adi menerusi Tanah Kubur berkata, dia pernah bersara selama dua tahun dari lakonan atas sebab tertentu.
"Matlamat pertama saya membabitkan diri dalam bidang ini kerana nak berhubung dengan masyarakat. Bagi saya hidup ini tanggungjawab. Apa yang kita tanggung di bahu kita, kita kena jawab dengan Allah di akhirat nanti. Sekarang ini pun saya dah banyak tolak tawaran. "Ini pun ada satu filem kemungkinan besar saya tolak. Sebab bagi saya, yang utama bukan duit. Yang utama ialah tanggungjawab sebab kita orang seni kita menyediakan santapan rohani," katanya. Menurutnya, apa yang masuk melalui mata dan telinga sama ada positif atau negatif akan memberi kesan kepada masyarakat. Nasir yang tampil dengan musim baru Tanah Kubur berkata, drama itu sebenarnya bercerita mengenai matlamat hidup. "Matlamat hidup kita mati. Kita semua akan menuju ke tanah kubur. Bila kita tahu matlamat hidup kita mati, apa yang kita nak isi dalam hidup kita biarlah selari dengan matlamat itu. Yang dianjurkan oleh Islam, yang terkandung dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti. "Bila Tok Adi nak uruskan jenazah, berhadapan dengan macam-macam masalah. Tanah Kubur adalah satu drama yang paling selari dengan matlamat saya terbabit dalam bidang seni," katanya. Dia juga meminta stesen TV lebih memahami perkara ini supaya penerbit dapat menghasilkan produk yang baik untuk santapan masyarakat. Tanah Kubur musim ke-16 akan ditayangkan pada setiap Jumaat, bermula 11 Ogos ini, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (106). -CARI Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 26-7-2023 04:58 PM
Mesti cikki tu tak cantik tu yang heolsss tinggalkan...
Entah2 rhoper rabiah jah...
anilanil replied at 26-7-2023 07:35 PM
Sape cikki tu tok adi? Nek azizah mahzan ke?
sk8er replied at 26-7-2023 11:45 PM
Betul dh tu rasanya.
Sweet couple je diaorg dulu
Klassie replied at 26-7-2023 10:50 PM
Dia ni dh kawen ke belom
silampumeja replied at 26-7-2023 07:25 PM
Masalah drama tanah kubur ni kadang segala benda pnggil tok adi. Bidang kuasa lain pun tok adi kena ...
silampumeja replied at 26-7-2023 07:25 PM
Masalah drama tanah kubur ni kadang segala benda pnggil tok adi. Bidang kuasa lain pun tok adi kena ...
Lampuled replied at 26-7-2023 04:41 PM
Tok adi ni masa muda mesti hensem gak.
ADVERTISEMENT