CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Berpelukan Menangis Gembira Terlepas Hukuman Gantung

26-7-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 957| Komen: 3

Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh melepas dan membebaskan sepasang suami isteri dari tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu membuat Muhammad Yasmi Mohammad Yasin, 48, dan isterinya, Rossuhili Ikhsan, 47, mengangis gembira sambil berpelukan.


Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan, ketika membaca kesimpulan kehakiman selama kira-kira 40 minit berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang ditimbulkan terhadap kedua-dua tertuduh.


Muhammad Yasmi dan isteri, Rossuhili dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu. - Foto Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa mengedar dadah berbahaya dengan berat 19.90 gram iaitu 10.9 gram heroin dan 9.0 gram monoacetyimorphines.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Melati Kampung Sri Klebang, Chemor dalam daerah Kinta sekitar jam 7 malam pada 27 September 2020.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said manakala pasangan suami isteri itu diwakili Peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.

Seramai enam saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada Oktober 2022.

Mengikut fakta kes, serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh itu telah menemui sebungkus plastik berwarna hitam di atas lantai rumah.

Turut dirampas alat penimbang digital, satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi plastik-plastik lut sinar kosong, tiga anak kunci, bil elektrik dan baju milik kedua-dua tertuduh.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-7-2023 04:12 PM
time2 covid mencanak - dunia tgh pkp


Quote Suchi 26-7-2023 04:32 PM
Anak2 dorang sapa jaga? Mak sedara yg suka dera budak ke
Quote kelip2_07 26-7-2023 04:59 PM
abis tu brg sape

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.707986 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top