Seorang wanita dihujani kecaman selepas membenarkan anaknya membuang air kecil di tepi bangunan. Gambar perbuatan tidak semenggah itu tular di media sosial dan ada yang meneka lokasi kejadian didakwa di tempat tumpuan pengunjung iaitu Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Malah, ia turut mendapat perhatian pengguna yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama apabila berdepan situasi bukan sahaja ibu bapa membiarkan anak mereka membuang air besar atau kecil merata tempat, malah turut dilakukan orang dewasa bukan warga Malaysia. “Ini memang betul ada. Setiap kali kalau pergi jogging sekitar KL, mesti ada bau kencing. Hampeh betul,” kata Zafran. “Dulu pernah ada orang perempuan (bukan warga Malaysia) selamba berak kat belakang tempat kerja aku. Cangkung berak dan pergi tak bersalah masa kami terjah. Dia buat macam kat negara dia pula, dah kena bawa baldi sembur bersihkan najis dia pula,” komen Lisa Nurulain.
“Sama, hari tu pergi sarapan kat Kampung Pasir, selamba satu budak ni umur dalam 10-12 tahun kencing kat tepi belakang kedai makan ni. Mak ayah dia pun rileks duduk makan macam biasa. Aku yang ‘bodo’ sekejap nampak situasi tu,” komen Nordiana Abdullah. “Ni aku pernah tengok rakyat (luar negara) cangkung kan anak dia atas tong sampah KLCC. Berak cirit kat situ, dah lah sebelah cafe aku kerja. Memang terus aku ‘woi’ kat situ panggil security halau. Yang kasihan Bangladesh cleaner lah kena bersihkan. Mentaliti sampah betul,” marah nurf. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
AbukRokok replied at 26-7-2023 03:27 PM
cina mmg xpandai bawak anak pg toilet
bulalof replied at 26-7-2023 03:17 PM
kalau local, yg berbangsa sepet ni suka kencing merata-rata.
krustykrab replied at 26-7-2023 09:09 PM
Taik betul la wartawan cari bodo ni. Tajuk pun mcm wartawan berak.merata². asal ko boleh tulis je, ...
ADVERTISEMENT