CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seminggu Resah Kampung Bergelap, Rupanya Angkara Gadis Bercinta Dengan Pemuda Dari Kampung Sebelah

26-7-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 603| Komen: 5

Lebih seminggu penduduk Bettiah iaitu sebuah perkampungan di daerah Champaran Barat, Bihar, resah kerana mengalami gangguan bekalan elektrik hampir setiap malam.

Puas orang ramai merayu agar syarikat elektrik membetulkan rangkaian mereka, tetapi wakilnya tidak melaporkan masalah infrastruktur.


Tiada siapa faham apa yang sedang berlaku sehingga satu malam apabila beberapa penduduk tempatan yang berjaga-jaga di kampung, menangkap pasangan muda yang bertemu dalam kegelapan.


Oddity Central

Rupa-rupanya gadis itu memotong bekalan elektrik di seluruh kampungnya untuk bertemu dengan pemuda dari kampung sebelah tanpa dilihat sesiapa.

Menurut Oddity Central, gadis bernama Priti Kumari, jatuh cinta dengan Rajkumar, pemuda dari kampung sebelah dan memutuskan bekalan elektrik di kampung demi merahsiakan hubungan mereka.

"Preeti pernah memotong bekalan elektrik kampung setiap malam dan banyak kecurian dilaporkan berlaku di kampung itu.


"Kami 'diganggu' oleh gadis itu," kata seorang penduduk kampung Bettiah kepada India Today.

Sebuah video tular di laman sosial India menunjukkan Preeti cuba mempertahankan kekasihnya daripada penduduk yang mengancam untuk memukulnya.

Menurut media tempatan, sebahagian penduduk berjaya 'melayangkan' beberapa pukulan dengan kayu terhadap Rajkumar.

Bagaimanapun, pemuda itu berjaya melarikan diri dan membalas dendam terhadap penyerang dengan bantuan rakan dari kampungnya sendiri.

Bagi mengelak keadaan gangguan bekalan elektrik berterusan dan keadaan bertambah buruk, penduduk kedua-dua kampung itu memutuskan bahawa pasangan muda itu harus berkahwin.

Difahamkan, pasangan itu kemudian disatukan di sebuah kuil.

Strategi Preeti untuk merahsiakan hubungannya tercetus daripada idea juruelektrik India yang menjadi tajuk utama berita tahun lalu kerana memotong bekalan elektrik di kampung asalnya untuk bertemu teman wanitanya secara rahsia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-7-2023 03:01 PM
Mcm dejavu cite ni.

Quote joy_ah 26-7-2023 03:09 PM
demi cinta ko jadi electrician ye dik
Quote balakkampung 26-7-2023 03:11 PM
hahahaha..terbaik la kau Priti Kumari..akai panjang
Quote sayurmayur88 26-7-2023 03:48 PM
perkara2 pelik di dunia;
1. India
2. China
3. Indon
Quote I.K.A888990 26-7-2023 04:41 PM
demimu cinta
walau berpanas tetap jua ku cium bau mu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.088891 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top