CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Reunion, Sabariah Meninggal Dunia Ketika Berwuduk

26-7-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 812| Komen: 3

Seorang wanita tidak sempat 'reunion' dengan sahabat sekolah selepas meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berwuduk dan bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur, semalam.

Berita sedih pemergian Siti Sabariah Mohd Apandi, 58, itu dikongsi rakan-rakan arwah di media sosial.



Harian Metro

Difahamkan, Sabariah sepatutnya hadir bertemu rakan-rakanpada majlis perjumpaan 'Reunion SMA 65' Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMA), Sabak Bernam di Shah Alam, 5 Ogos ini.

Rakan arwah yang juga usahawan dari Shah Alam, Aliza Kahar, 58, berkata, berita itu amat mengejutkan kerana arwah adalah seorang rakan yang sangat baik dan sentiasa mengingati rakan-rakan walaupun tinggal berjauhan.

Menurutnya, arwah beriya-iya untuk hadir pada program itu dan beliau juga sudah menyelesaikan dua pembayaran dan berjanji akan hadir dengan ditemaninya anak perempuanya selain berjanji akan membawa dua hadiah untuk diberikan kepada rakan.


"Pemergian arwah memberi kesan yang mendalam kerana walaupun kami tinggal berjauhan namun setiap kali pulang ke kampung saya tidak lupa menziarahinya dan ketika pulang pasti arwah akan membekal kandengan tanaman kampung seperti ubi, sayur dan pisang kerana arwah rajin bercucuk tanam," katanya.

Sementara itu, Surirumah, Rosmah Mustafa, 58, dari Bandar Baru Sentul, berkata, Ahad lalu dia ada menghubungi Sabariah bertanyakan khabar dan beliau berkali-kali menyatakan akan hadir pada majlis itu dan akan membekalkan tapai ubi buatannya yang digemari rakan-rakan kerana beliau pakar menyediakan makanan tradisional itu.

"Sebelum ini arwah juga pernah menghadiri beberapa program reunion yang diadakan, namun sambutan pada kali ini pastinya akan suram tanpa kehadirannya.

"Semoga arwah ditempatkan ditempat yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT dan kami semua akan merinduinya kerana Sabariah adalah seorang yang peramah, menghormati rakan-rakandan disenangi semua pihak," katanya.

Jenazah arwah disolatkan di Masjid Ar-Rahmaniah, Sungai Air Tawar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Air Tawar selepas solat Isyak malam tadi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 26-7-2023 02:16 PM
Semoga arwah ditempatkan ditempat yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT
Quote cik-jaja 27-7-2023 08:06 AM
mati dalam iman ni inshaallah
Quote Decaffeinated 27-7-2023 01:44 PM
Tak sempat reunion ja ka?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.382372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top