CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ais Kiub Kilang Haram Tercemar, Boleh Cirit-Birit Tapi Dapat Permintaan Tinggi Dari Kedai Makan

26-7-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 867| Komen: 4

Tanpa disedari, ais kiub di kedai makan boleh mengundang risiko terhadap kesihatan termasuk cirit-birit ekoran wujud kilang ais kiub yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa beroperasi di seluruh negara terutama di Lembah Klang tanpa mengikut piawaian kebersihan.


Pemilik kilang terbabit dikatakan mendapat untung besar kerana produk mereka menerima permintaan tinggi apabila ia dijual lebih murah berbanding syarikat pengeluar ais berlesen.

Sumber memberitahu, kilang-kilang ais kiub terbabit biasanya dibina di dalam bangunan kedai sahaja dan jauh daripada ‘radar’ pihak berkuasa.


Gambar hiasan

Katanya, mereka beroperasi sekadar menghasilkan ais batu tanpa mengutamakan aspek kebersihatan dan tidak menggunakan penapis air serta kaedah pembasmi kuman yang betul.

“Ada kilang-kilang ini juga kotor kerana proses pembuatan air kiub dilakukan sambil lewa sehingga ais yang dihasilkan terdedah kepada kekotoran,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Menurut sumber, kilang-kilang tidak berdaftar itu bia­sanya mendapat permintaan tinggi daripada kedai-kedai makan atau restoran apabila mereka mampu menawarkan harga separuh lebih murah berbanding kilang ais berdaftar.

“Biasanya peniaga kedai makan akan ambil ais yang paling murah untuk memastikan mereka mendapat lebih untung dan mereka langsung tidak memikirkan risiko ais itu tercemar.

“Jadi sekiranya keadaan ini berlarutan, mungkin kilang ais berdaftar tidak dapat berope­rasi dan satu hari nanti, ais kiub ha­nya datang daripada kilang-kilang ha­ram,” katanya.

Satu beg air kiub daripada kilang berdaftar dijual pada harga antara RM3.50 hingga RM4 berbanding kilang haram seren­dah RM2.20.

Sumber juga memberitahu, kilang yang berdaftar sentiasa memastikan pemprosesan ais dilakukan dengan baik serta disyaratkan untuk membasmi kuman dengan menggunakan kaedah sinaran ultraviolet (UV) yang akan menyebabkan peningkatan kos elektrik.

“Kadangkala kalau dilihat secara fizikal sahaja, ais dari kilang tidak berdaftar berbeza apabila ia tidak jernih selain rasa ais yang berlainan.

“Kilang berdaftar biasanya akan menggunakan penapis air dan kaedah UV bagi membunuh kuman, sebab itu aisnya nampak jernih,” katanya.


Gambar hiasan

Sumber berkata, kos yang lebih tinggi untuk memenuhi prosedur ditetapkan membuatkan pengilang bertindak nekad beroperasi tanpa lesen.

Katanya, untuk mendapatkan lesen, pengilang perlu meme­nuhi syarat seperti peralatan yang digunakan mengikut piawai dan lokasi kilang selain dipantau secara berte­rusan.

“Sampel ais batu juga perlu dihantar untuk dianalisis secara berkala kepada Jabatan Kesihatan, malah ada kilang berdaftar menghantar sampel setiap bulan kepada Jabatan Nuklear untuk dianalisis.

“Kilang juga biasanya kena guna pembasmian kuman seper­ti kaedah UV yang memerlukan elektrik yang banyak, malah me­sin yang ada kena berdaftar ke­rana menggunakan gas ammonia,” jelasnya.

Tambahnya, selepas berdaftar, kilang akan dipantau terma­suklah melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan mereka mengikut peraturan ditetapkan dan sentiasa bersih.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 26-7-2023 11:46 AM
Akak terharu thread macam ni masih wujud sister. Mujur reporter cari masih ada utak sis.
Quote cik-jaja 27-7-2023 08:08 AM
kadang nak beli ais terbayang ni ais guna untuk ikan ke eh
Quote Decaffeinated 27-7-2023 01:42 PM
cik-jaja replied at 27-7-2023 08:08 AM
kadang nak beli ais terbayang ni ais guna untuk ikan ke eh

Lain ka?

Quote Jitu 27-7-2023 02:44 PM
tak pernah pun jumpa ais yg jernih mcm tu setiap kali minum kat luar

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.155411 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top