CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gelar Isteri Pemalas- Dah Dua Tahun Tak Kerja, Duduk Rumah Hanya Jaga Anak Dan Tengok TV

26-7-2023 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1068| Komen: 10

LONDON –  Seorang suami tergamak gelar isteri sendiri ‘pemalas’ selepas wanita itu mengambil cuti khas selama dua tahun untuk menjaga bayi mereka yang baru dilahirkan.

LadBible melaporkan, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menulis luahan hatinya pada kolum Agony Aunt dalam akhbar Daily Mail.



Gambar Hiasan: Getty Images

Dia meminta nasihat daripada pakar berhubung isterinya yang dikatakan bertukar menjadi pemalas selepas melahirkan anak lelaki mereka.

“Dia sebelum ini memberitahu akan kembali bekerja selepas enam bulan bersalin. Namun, ia bertukar menjadi setahun dan kini, sudah dua tahun dia tidak bekerja,” kata lelaki tersebut.

Tambahnya, dia memahami bahawa tempoh awal kelahiran bayi amat penting untuk si ibu mewujudkan ikatan mesra dengan anak.

Namun, isterinya kini didakwa tidak membuat apa-apa pekerjaan di rumah selain menonton televisyen sepanjang hari.


“Katanya, kos membesarkan anak-anak amat mahal dan melebihi gajinya. Namun, kos perbelanjaan itu mungkin berbaloi jika dia melakukan sesuatu pekerjaan di rumah,” ujar lelaki tersebut.

Luahan hati pembaca berkenaan mendapat maklum balas daripada penulis buku terkenal, Jane Green. Beliau berkata,  si isteri mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

“Isteri anda nampaknya mengalami sesuatu melebihi ‘sikap malas’ (kemurungan selepas bersalin). Saya mencadangkan agar anda membawa dia berjumpa kaunselor atau mengambil ubat bagi menangani gejala tersebut,” kata Green. –CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-7-2023 12:04 PM
dasar jantan misekin
Quote supernaturalee 26-7-2023 12:09 PM
td thread laki bewok bini gomen

Quote bbi25 26-7-2023 04:07 PM
Dasar lelaki missqueen
Quote ninja boy 26-7-2023 04:31 PM
Lelaki kena bekerja seumur hidup
Quote lattehazelnut 26-7-2023 04:33 PM
Klau xckup gaji kau xpyah beranak
Quote shernazz 26-7-2023 05:27 PM
Laki ni bangsa apa
Quote newyork 26-7-2023 07:44 PM
Pelik lak jantan ni..selalu kalu dah ada anak lagi suruh bini duduk rumah jaga anak..sengkek sgt lah ni.
Quote rosedemon 27-7-2023 08:39 AM
shernazz: Laki ni bangsa apa


bangsa kokesen la tu. sbb nama tempat pon london

Quote faraway1 27-7-2023 09:31 AM
Oklah jaga anak, so andaikan laki ni semiskin so kena bini tolong financial..

Quote Decaffeinated 27-7-2023 12:49 PM
tu pasal masalah kat negara lain tak payah lah nak sibuk

situasi tak sama

abis2 acki cuma boleh komen, 'eeeii pelik lah!' abis

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.338319 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top