CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mendapan Tanah Besar Di Lebuh Raya Karak, Trafik Sesak Kedua-Dua Arah

25-7-2023 10:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2398| Komen: 26

Bentong: Kejadian mendapan tanah iaitu ‘sinkhole’ dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 66.1 arah Timur dan Barat Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, sebentar tadi.

Menurut laporan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Twitternya tadi, kejadian mendapan tanah itu telah menghalang lorong kiri dan kanan.


Mendapan tanah yang berlaku di Karak sebentar tadi mengakibatkan trafik kink sesak di kedua-dua arah.

“Pengguna dinasihatkan untuk ambil susur keluar ke bandar Bentong,” ujarnya.

Jelasnya, trafik sesak di kedua-kedua arah susulan kenderaan tidak boleh melalui jalan raya itu.

Berikutan tanah mendap itu, semua kenderaan dari arah Kuantan diarahkan ke persimpangan pekan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan pekan Bentong Barat.

Bagi kenderaan dari Kuala Lumpur pula diarahkan keluar ke persimpangan pekan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Pekan Bentong Timur.


Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan kenderaan.

Meninjau komen di ciapan terbabit, Kosmo! mendapati pengguna jalan raya mendakwa mereka terpaksa berpatah balik secara lawan arus akibat insiden berkenaan.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-7-2023 10:56 PM
Hujan lebat ke?

Quote LoveSungmin 25-7-2023 10:57 PM
masa mak i tanya tadi, i ingatkan gambar tipu.. but bila buka group telegram, betul rupanya ada sinkhole.. besar pula tu
Quote sukacactus 25-7-2023 11:00 PM
Huh besar rupanya
Alhamdulillah takde korban
Quote akusukaq 25-7-2023 11:23 PM
Semoga aku selamat ke Teganu mlm esok ikut Grik


Quote Perawankota 25-7-2023 11:34 PM
Dalam betul lubang ya...
Quote CiliPadiSedap 25-7-2023 11:49 PM
Yang bulat tu icerberg je biasanya. Yang bawah2 mungkin dh ada tanah kena laluan air..
Quote anony-mous 26-7-2023 01:51 AM
Seram. Ni mesti lama laluan tu akn ditutup
Quote hareeeesah 26-7-2023 07:03 AM
Nasib baik la bkn masa org dok sangkut jam blk kampung.. dlm gak ni
Quote Thunderclouds 26-7-2023 07:19 AM
Adooiiii..udah la aku nk blk temeloh esok
Quote Lagubestbest 26-7-2023 07:26 AM
start dah dalam negara kita sendiri pun. eish.
Quote otai_g 26-7-2023 07:52 AM
Ari tu forest city ni dkt karak plk. Da 2 Kes dlm Ms seminggu ni.
Quote Manjahati 26-7-2023 07:58 AM
Besarnya lubang
Quote grouper 26-7-2023 08:00 AM
Underground activity ni bukan blh nampak...maybe ada paip bocor
Quote matchstick 26-7-2023 08:00 AM
Tolong repair sblm PRN pls..
Quote KamikuP 26-7-2023 09:10 AM
Bayangkan benda ni jadi time jem nak balik raya.. huhuhu..
Quote KamikuP 26-7-2023 09:10 AM
otai_g replied at 25-7-2023 11:52 PM
Ari tu forest city ni dkt karak plk. Da 2 Kes dlm Ms seminggu ni.

Mungkin sbb Sultan Johor dan Pahang bersaudara gituh? ekekeke
Quote melekaifc 26-7-2023 09:12 AM
nanta linggi cakap ade trowong ecrl bawah tu. kalau betul harap takde yang tertimbus la
Quote mojarean_X 26-7-2023 09:36 AM
Faktor apa berlaku???
Quote dekmieDandy 26-7-2023 10:09 AM
Edited by dekmieDandy at 26-7-2023 11:26 AM

tak balik kampung la aku minggu ni

btw kalau korang ingat, sebelah je sinkhole ni pernah dulu kes tanah runtuh, dekat Bobby Eco Farm Resort

yang ada budak jumpa bawah balak tu

memang sebelah je dengan sinkhole ni

https://www.utusan.com.my/terkin ... o-resort-ditemukan/
area tu pun sampai sekarang tengah buat kerja pembaikan, sebelah tu pasang sangar batu gabion tu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.119309 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top