CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Sejati Tak Tahan Lama, Nenek Cerai Tak Larat Jaga Suami Muda Pemalas

25-7-2023 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2526| Komen: 27

Warga emas berusia 83 tahun yang tular selepas berkahwin dengan lelaki berusia 37 tahun akhirnya bercerai kerana penat menjaga suaminya.

Menurut laporan LadBible, Iris Jones menjadi perhatian di  seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir, Mohamed Ibriham.



The Sun

Pasangan itu berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.

Meskipun Jones sering memberitahu orang ramai bahawa cinta mereka sejati, ia malangnya tidak berkekalan dengan pasangan tersebut akhirnya membawa haluan masing-masing bulan lepas.

“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.

“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini. 


“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.

Tambah Jones, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.

“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 25-7-2023 09:50 PM
Ok nek
Quote lanacondor 25-7-2023 09:58 PM
Gitu la pmpn ke laki ke. Bila berduit cri yg muda yg seusia xnk. Dah terang2 la yg muda2 ni nk Tarah duit je.
Quote xy_daen 25-7-2023 10:01 PM
Bayar jelah nek per session. Boleh cuba kepelbagaian
Quote sukacactus 25-7-2023 11:21 PM
You should know better nek!
Quote Perawankota 25-7-2023 11:35 PM
Nek hire her lah Pembantu rumah cum bodyguard cum peneman..
Quote anony-mous 26-7-2023 01:53 AM
Lol. Bkn ke tu mmg tggungjawab wife? laki dia kan kena pi keje
Quote doubleharmonic 26-7-2023 02:31 AM
lanacondor replied at 25-7-2023 09:58 PM
Gitu la pmpn ke laki ke. Bila berduit cri yg muda yg seusia xnk. Dah terang2 la yg muda2 ni nk Tarah ...

ibriham tu bewak kerr? dekat tajuk tulis heshe pemalas tapi berita kat atas tu kata heshe elok jah keja jadi guard tesco? nenek ni pulak meroyan sebab penat kena buat keja umah? dah laki ko keluar keja jadi pakgad ko lah kena bersih kemas kan rumah semua tu yihhhh kang laki tu tak keja ko jugak meroyan balik kena tanggung bewak yihhh ko nak apa sebenarnya hah noreeeen

Quote B40tastePosh 26-7-2023 03:32 AM
Muka lelaki tu macam Cempedak Masam

Quote norawestallen 26-7-2023 03:52 AM
Well, you should know better that he is a biawak
Quote kaoru44 26-7-2023 04:50 AM
tu la nek..patutnya boleh duk relax2 je,ni kena jaga suami plak..
Quote eLiaD 26-7-2023 07:41 AM
apparently they don't know 'bout menopause


RiP
Quote Lagubestbest 26-7-2023 08:01 AM
takde hala tuju hidup nenek ni. kau ingat kau madonna?
Quote Tinot7 26-7-2023 08:08 AM
xy_daen replied at 25-7-2023 10:01 PM
Bayar jelah nek per session. Boleh cuba kepelbagaian

Astaghfirullah al azimmm...
Quote krustykrab 26-7-2023 08:14 AM
Mmg lah jantan tu berkerjaya wpun cuma pak gad tesco. Gaji yg dia bwk balik tu tah apa la yg dibuat sedangkn nenek 83 taun ni nk iena urus pulak rumahtangga mcm isteri2 mudabelia tu. Mana la laray. Patut dh tau tua bangka mcm tu, ko relaks je dok layan cucu, keluar dgn kwn². Tk yah pikir nk basuh spentot laki, nk masak kat dia, nk ituini.
Quote supernaturalee 26-7-2023 08:40 AM
ke dh lama x dpt


Quote prince_marhaen 26-7-2023 09:31 AM
"...Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya..."

Takkkk padannn nenek pun napsu kuda...tak sedar diri dah macam buah kecut kering berkedut kulit kertas pasir.... haaa... nak kutuk jantan pun tak guna sebab at least dia keja something...walaupun target dapat mansion si tua ni tak dapat..hahaha
Quote cmf_premierleag 26-7-2023 09:33 AM
Ko pun sama bongok kan nek...sah la laki ko tu nak membiawak je
Quote mamajawie 26-7-2023 10:53 AM
muka laki dia cam tipikal pakistan jual karpet..
Quote tipah89 26-7-2023 11:14 AM
padanla muka ko nek.. ko pun kemain xpadan da tua nak yg hensem ajo tinggi betul level konpident ko eh padanla tanggung bewak idup. abis ko nak laki helok, rajin kerja, berduit pastu layan ko cam pincess ke neekkkkkk..baik dia cari bini muda

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.268125 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top