CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Power Rangers 'Berbonjol-bonjol' Tunggang RXZ Ronda Terengganu

25-7-2023 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1544| Komen: 14

Disebabkan minat terhadap watak adiwira popular, Power Rangers, dua pemuda mengenakan kostum, masing-masing berwarna merah dan kuning sambil beraksi menunggang motosikal model RXZ di Kuala Berang, Terengganu hingga menjadi tular gara-gara kelihatan sedikit 'seksi'.


Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Wong Wei Kee berkata rakaman video tersebut adalah sebahagian daripada penggambaran (photoshoot) yang dilakukan baru-baru ini untuk kandungan (content) bagi mempromosikan kedainya.


mStar

"Saya ada kedai yang menjual alat ganti kenderaan di Kuala Berang. Sekarang ini memang ramai yang gunakan platform media sosial untuk perkenalkan bisnes masing-masing.

"Target saya hasilkan video berkenaan adalah untuk perkenalkan kedai kepada orang luar. Sebenarnya idea untuk pakai kostum Power Rangers adalah cetusan bersama dua rakan yang lain.

"Kami pilih Power Rangers sebab semua peringkat usia kenal dan saya pun minat watak tersebut. Jadi kami gabungkan dengan RXZ yang juga mempunyai peminat tersendiri.



mStar

"Rakan saya yang pakai kostum kuning juga ada kedai alat ganti kenderaan. Jadi kami suka-suka saja buat content untuk tujuan marketing," ujar pemuda yang berasal dari Marang, Terengganu ini.

Senang dikenali sebagai Kee, pemuda berusia 27 tahun ini berkata, dia dan rakannya turut disapa orang awam yang teruja melihat kelibat dua anggota Power Rangers menunggang motosikal.

"Masa shooting tu, ada yang datang dekat-dekat... kita pula nak fokus. Terasa macam melayan peminat pula," ujarnya berseloroh.

Tambah pemuda ini, dia sama sekali tidak menyangka content tersebut mengundang perhatian warga maya dengan ada segelintir daripadanya memberi teguran mengenai kostum Power Rangers yang dipakai agak ketat dan sedikit seksi.


mStar

"Apabila siarkan di media sosial, semua boleh komen. Tapi sebagai orang yang meniaga, kita tahu apa tujuan sesebuah content dihasilkan.

"Kebanyakannya berseloroh dan beri komen lucu tapi ada juga komen yang macam over sedikit. Saya jawab, nanti kami akan perbaiki apabila buat content masa akan datang.

"Iyalah, walaupun saya berbangsa Cina tapi tetap kena jaga sensitiviti. Lagi pula di Terengganu.

"Kalau komen yang mengarut, memang saya tak layan. Nak balas komen mengarut tu membazir masa saja," ujarnya.

Kee yang mewarisi perniagaan alat ganti kenderaan daripada bapanya berkata, dia tidak kecil hati malah menganggap komen yang diberikan sebagai pandangan serta nasihat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-7-2023 09:31 PM
Pompuan lagi banyak bonjol yang itu ko tak kecoh pulak kan

Quote mojarean_X 26-7-2023 09:43 AM
Bonjol apa?????
Quote epullipan 26-7-2023 10:07 AM
ni semua publisiti murahan
Quote chandrahusin 26-7-2023 10:21 AM
Dah zoom takde bonjol pun
Tipuu


Quote chikumanis 26-7-2023 10:23 AM
bila dah hilang sifat malu...begini lah caranya..tak heran bila dah akhir zaman ni
Quote KamikuP 26-7-2023 12:38 PM
Jarang Cina jadi mat rempit tapi di pantai timur dimaafkan ekekeke
Quote bulalof 26-7-2023 02:09 PM
sedeyh....
Quote tokchik 26-7-2023 02:55 PM
bonjolannya sebesar siput sedut atau sebesar siput mentarang?

Quote sharlenetexas 26-7-2023 02:59 PM
Iz sulaini pernah dapat offer berlakon power rangers.

Quote sharlenetexas 26-7-2023 03:00 PM
tokchik replied at 26-7-2023 02:55 PM
bonjolannya sebesar siput sedut atau sebesar siput mentarang?

@sepitsiput



Quote Tinot7 26-7-2023 03:02 PM
tokchik replied at 26-7-2023 02:55 PM
bonjolannya sebesar siput sedut atau sebesar siput mentarang?

Siput mentarang ni amender? Bleh mkn ka?
Quote supernaturalee 26-7-2023 05:14 PM
Tinot7 replied at 26-7-2023 03:02 PM
Siput mentarang ni amender? Bleh mkn ka?

kt area tepi2 jln sekinchan bnyk jual sistine
ada yg jual siap masak jgk
dorg buat bakar
my fav masak lemak cili api
mmm mmmm mmmmmmmm


btw iols nmpk flat screen je
mengecewakan la tt ni


Quote Tinot7 26-7-2023 06:19 PM
supernaturalee replied at 26-7-2023 05:14 PM
kt area tepi2 jln sekinchan bnyk jual sistine
ada yg jual siap masak jgk
dorg buat bakar

Iols rasa mcm nak beli dan rasa la.. wiken ni.. nak kena gugel jln sekinchan la pulakk..
Quote lucky_peace 26-7-2023 06:24 PM
Geng2 kayuh basikal tu lagi la ketat seluarnya, kdg mcm x pakai underwear lgsg, jelas segala bentuk kepala segala bagai even kecut. Dah la tu confident je turun g ngeteh kt kedai makan ramai2.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.103779 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top