Seorang lelaki reda apabila wang simpanan neneknya untuk menunaikan haji berjumlah RM30,000, musnah dimakan anai-anai. Menerusi perkongsian Khairul Azhar di Facebook, wang itu dikumpul neneknya di dalam sebuah kotak bagi tujuan menunaikan haji pada tahun hadapan.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang turut terkesan dengan kejadian tersebut. “Boleh bawa pergi BNM, walaupun bahagian kecil mereka boleh kesan nilainya,” komen seorang pengguna. “Allahuakbar, lepas ni tak boleh simpan dalam kotak memang tempat anai-anai lah,” ujar Nor Sakiey.
“Akan datang kena simpan dalam bentuk emas bar. Pengajaran untuk semua juga ni,” pesan Ikin. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
aechae replied at 25-7-2023 07:49 PM
Xkn lh selama bertahun ni anak ke cucu ke x nasihat bawa simpan dlm tabung haji?
Tu simpan dlm kota ...
jfq replied at 25-7-2023 07:41 PM
wang itu dikumpul neneknya di dalam sebuah kotak bagi tujuan menunaikan haji pada tahun hadapan
Tah ...
Firenzza replied at 25-7-2023 08:44 PM
Nenek tu cmne nk pg haji, duit dia x simpan kt TH
albedah replied at 25-7-2023 07:55 PM
Nenek aku simpan bawah bantal. Duit kebajikan dpt tiap bulan dlm bank dia keluarkan... Org tuaaaaa ...
ADVERTISEMENT