CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Bomba Suka Hati Bakar Harta Benda Dan Rumah Orang Sebab Bosan

25-7-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 183| Komen: 0

PHOENIX, ARIZONA – Seorang anggota bomba di  Ash Fork, Arizona ditahan selepas mencetuskan beberapa kebakaran hanya kerana dia berasa bosan.

New York Post melaporkan,  Karson Nutter, 18, mengaku terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh daripada lapan kebakaran yang berlaku di daerah Ash Fork dan Coconino sejak  15 Jun lalu.


Menurut polis, anggota bomba sukarela yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Ash Fork itu mengaku membakar harta benda kerana bosan, mahukan cabaran dan sebagai tindakan membalas dendam terhadap bekas majikannya. 

Foto: New York Post

“Empat kebakaran melibatkan struktur. Ketika membuat pengakuan, Nutter berkata bahawa dia menyasarkan beberapa buah rumah kosong yang sudah usang,” kata polis.

Nutter kini ditahan di Pusat Tahanan Yavapai.

Dia berdepan tiga pertuduhan membakar bangunan, kerosakan jenayah dan lima pertuduhan membuat laporan palsu kepada penguatkuasa undang-undang. -CARI


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049715 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top