CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Lelaki Berbogel Ditemukan Di Hotel, Kepala Di Lokasi Lain, Doktor Sekeluarga Ditahan

25-7-2023 06:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 501| Komen: 1

Hokkaido: Seorang doktor, isteri dan anak perempuan mereka ditahan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di sebuah hotel.

The Mainichi Shimbun melaporkan Runa Tamura, 29, dan bapanya, Osamu Tamura, seorang doktor berusia 59 tahun, ditahan pada Isnin kerana disyaki melakukan tindakan mencacatkan, memiliki dan meninggalkan satu mayat.


Pada Selasa, ibu Runa yang berusia 60 tahun, Hiroko, ditangkap atas tuduhan sama.

Mayat lelaki berbogel dan tanpa kepala ditemukan di bilik air sebuah hotel di Sapporo pada 2 Julai. -Gambar Hotel-lets.net

Mayat Hitoshi Ura yang berusia 62 tahun ditemukan tanpa kepala dalam keadaan bogel di bilik air sebuah bilik hotel di Susukino, Sapporo, Jepun pada 2 Julai.

Kepala manusia ditemui pada Isnin di rumah suspek, memetik sumber siasatan.

Runa dan Osamu disyaki memenggal kepala lelaki itu di hotel. Mereka juga disyaki membawa kepala mangsa ke lokasi lain.

Lelaki itu mati akibat luka tikaman dan dipenggal selepas kematiannya. Tiada tanda-tanda berlaku pergelutan di dalam bilik itu dan mangsa tidak mempunyai kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.

Polis sedang berusaha menentukan motif pembunuhan dan hubungan bapa dan anak perempuannya dengan Ura. Polis bagaimanapun enggan menyatakan sama ada suspek telah mengaku bersalah terhadap dakwaan itu.

Pada 1 Julai, Ura dan seorang lagi individu yang dipercayai Runa mendaftar masuk ke hotel berkenaan sekitar jam 10.50 malam.

Seseorang dilihat meninggalkan hotel itu bersendirian sekitar jam 2 pagi pada 2 Julai.

Laporan itu mengatakan bahawa Osamu adalah pakar psikiatri di sebuah hospital di Sapporo. Dia disyaki menghantar dan menjemput Runa di hotel.

Polis percaya Osamu tidak memasuki bangunan itu.

Mayat Ura ditemukan oleh seorang pekerja hotel yang memeriksa bilik selepas dia tidak mendaftar keluar menjelang tengah hari. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-7-2023 06:41 PM
jepun..apa nk heran ngn dia punya...'potong kepara'

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.274233 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top