CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Deejay Kacukan Kanada Dituduh Sebabkan Kematian Teman Wanita

25-7-2023 06:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7137| Komen: 70

Kuala Lumpur: Seorang pereka grafik dan deejay kacukan Kanada didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.


SEAN Edward dituduh menyebabkan kematian teman wanitanya. FOTO Saifullizan Tamadi

"Faham," katanya ringkas.

Bagaimanapun, tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sean, 30, didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Redzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara, jam 3 pagi, 12 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


Sean diwakili peguam, Vivek Sukumaran manakala pendakwaan dikendalikan, Sareeka Balakrishnan.

Majistret kemudian menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 25-7-2023 06:54 PM
Ni kes mana ni?
Quote mawardia 25-7-2023 07:00 PM
Kes mana pulak niiiii.
Awat aku tak taw!
Quote darkness 25-7-2023 07:27 PM
Kes bunuh nurin najmina. Gepren jatuh kondo. Sebelum tu bergaduh katanyalah
Quote Pajeri_Nenas 25-7-2023 07:28 PM
Mix omputih pun paham bhasa melayu. Apek jugak yg xpaham. Gituu
Quote shalalat 25-7-2023 07:33 PM
Asal kes ni krik krik?
Quote noah8670 25-7-2023 07:39 PM
According to TT user yg claim jiran mereka ni

That guy mabuk , mereka bergaduh, 1 jam perempuan tu minta tolong lps bunyi senyap perempuan tu dah terjun
Quote mojarean_X 25-7-2023 07:41 PM
noah8670 replied at 25-7-2023 07:39 PM
According to TT user yg claim jiran mereka ni

That guy mabuk , mereka bergaduh, 1 jam perempuan tu  ...

Dia campak pompuan tu ke bawah ke atau pun perempuan tu terjatuh masa gaduh ngan dia
Quote Delifrance 25-7-2023 08:09 PM
Edited by Delifrance at 25-7-2023 08:26 PM

Ni yg student uitm tu ke?

Tp yg tu mcm dekat seksyen 7 … ni damansara

Nama nak dekat sama. Erk.

Nurina n nurin najmina. Nama ayah sama
Quote dudaberhias 25-7-2023 08:16 PM
Macam herlok jah???

Sebab herlok kita maafkanlah beliauuu....

Daripada maafkan eman fakrul yang bakor gf tepi parit tu baik kita maafkan yang ni..

Sebab herlok kita kena la husnuzon dia tak bersalah ataupun tertekan sebab paksaan mak bapak...

Gittuh kaka dah komen siap2 mewakili acik2 selek....

Quote midori888 25-7-2023 08:20 PM
dudaberhias replied at 25-7-2023 08:16 PM
Macam herlok jah???

Sebab herlok kita maafkanlah beliauuu....

amboiii kaka dud....hahaha
Quote capwayang 25-7-2023 08:40 PM
dudaberhias replied at 25-7-2023 08:16 PM
Macam herlok jah???

Sebab herlok kita maafkanlah beliauuu....

..haha! Yes, I'm willing to forgive him too. Yang arwah gi provoke orang mabuk tu pasal hape, mendapatla..
Quote Decaffeinated 25-7-2023 08:46 PM
Wartawan Malaysia ni boleh tak promote guna surname dalam reporting bila kedapatan. It sounds more respectful actually.
Quote syamzana 25-7-2023 09:02 PM
ada masuk news ke arwah didapati mati jatuh/terjun/dicampak kondo?
iols tak perasan pun tup2 didakwa.
Quote dudaberhias 25-7-2023 09:08 PM
capwayang replied at 25-7-2023 08:40 PM
..haha! Yes, I'm willing to forgive him too. Yang arwah gi provoke orang mabuk tu pasal hape, mend ...

khenn kaka... sebab herlok kita harus la husnuzon agittewww...
lelaki boleh berubah dekkk...


lain la rhoper macam shuk... tauke jambu dan juga sohai..

yang tu tak bersalah pun kita kena buka petition suruh di sumbat ke dalam rumah asuhan si bainon tu biar dia siram kau pakai air coway panas...


Quote mojarean_X 25-7-2023 10:03 PM
capwayang replied at 25-7-2023 08:40 PM
..haha! Yes, I'm willing to forgive him too. Yang arwah gi provoke orang mabuk tu pasal hape, mend ...

Kejamnya komen chuols. Kalo ada ahli keluarga arwah baca mesti terasa
Quote LoveSungmin 25-7-2023 10:52 PM
kes apa ni? i tertinggal tren..
Quote sarah_ary2 26-7-2023 12:49 AM
Duduk sekali serumah ke? hmmm
Quote doubleharmonic 26-7-2023 01:35 AM
helokk ke tak?
Quote anony-mous 26-7-2023 01:42 AM
noah8670 replied at 25-7-2023 07:39 PM
According to TT user yg claim jiran mereka ni

That guy mabuk , mereka bergaduh, 1 jam perempuan tu  ...

Yg model tu ke? Mati2 i ingat yg mati tu cina

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078197 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top