CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Buat Sebarang Spekulasi, Tentera Darat Jalankan Siasatan Dalaman Anggota Didera Senior

25-7-2023 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 788| Komen: 4

Kementerian Pertahanan melalui Tentera Darat Malaysia akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan anggota didera senior.

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Pertahanan merujuk kepada satu laporan polis bertarikh 21 Julai lalu yang tular di media sosial, akan mengenal pasti individu terbabit kes berkenaan yang berlaku di sebuah kem di Sungai Petani, Kedah.



Gambar hiasan

Menurutnya, laporan polis itu berkaitan dakwaan seorang individu dipercayai anggota tentera yang mendakwa dia dan beberapa rakannya didera secara fizikal oleh anggota senior di kem terbabit.

"Kes itu juga sudah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

"Kementerian amat memandang serius mengenai isu dera dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit serta terbukti bersalah sama ada secara langsung atau tidak dalam kes seumpama ini," katanya.


Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap warga ATM sama ada individu atau mana-mana pihak sengaja mengeluarkan atau membuat dakwaan palsu sehingga boleh mencemarkan nama baik Kementerian Pertahanan dan ATM.

"Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak PDRM. Justeru itu, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 26-7-2023 08:23 AM
koperal acha, koperal ben duduk diam tak tu?
Quote batmana 26-7-2023 08:56 AM
Senior cmni patut kene buang pstu black list dlm mana2 bdn beruniform.
Quote mojarean_X 26-7-2023 09:39 AM
Didera apa tu??? Physical ke emosi?
Quote Bedah.Cun 26-7-2023 10:31 AM
Boleh kau definisikan dera dan buli tak dalam Akta Tentera? Benda2 neh semua perlu bila kau nak formulate dasar atau undang2!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.204123 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top