CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Ketakutan Nak Balik Rumah, Nekad Nak Cerai Sebab Isteri Garang Sangat Lepas Beranak Anak Kedua

25-7-2023 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 672| Komen: 3

Seorang suami nak cerai kerana mendakwa isterinya berubah sikap daripada seorang yang lemah lembut kepada seorang yang garang dan sering meninggikan suara.

Perkongsian tentang rumah tangga pasangan itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.


Katanya lelaki berkenaan bertindak sedemikian setelah melihat perubahan sikap isterinya ketika sedang hamil anak kedua.

Gambar Hiasan

"Si suami mohon cerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin. Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.

"Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah dan sejak anak kedua itu lahir, si isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit pada anak pertama sampai dia pun terkejut dengar jeritan isterinya.

Difahamkan bapa kepada dua orang anak itu seorang yang lemah lembut dan sudah sedaya upaya menegur isterinya namun tidak berhasil sehingga nekad untuk bercerai.


Sementara itu, pasangan tersebut juga pernah menghadiri ke sesi kaunseling di mahkamah namun lelaki tersebut masih mengalami trauma.

"Dia dah pesan banyak kali, dah tegur namun isterinya tak berubah kalau berubah pun sekejap sahaja.

"Dia lebih tenang bila keluar bekerja, bila balik rumah hatinya mula rasa takut. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.

Dalam pada itu, individu berkenaan tuurt menegaskan bahawa seorang wanita akan berubah sikapnya terutama ketika di dalam fasa membesarkan anak-anak.

"Selepas ada anak dan anak mula lasak automatik dia akan lebih agresif, dia berubah mengikut keadaan.

Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihan yang tak sama seperti sebelum dia berkahwin." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-7-2023 10:37 AM
bodo punya jantan
Quote monreyes 1-8-2023 07:24 AM
tu meghoyan la bodoh...
mak ko pun sama biol...
Quote ninja boy 1-8-2023 08:51 AM
Anak bini x boleh handle

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.235706 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top