CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tikam Mati Rakan Sekolah Sebab Cemburu Mangsa Rapat Dengan Bekas Kekasih

25-7-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 242| Komen: 1

BANGKOK – Seorang pelajar di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand mati ditikam di sekolah angkara perasaan cemburu suspek terhadap mangsa.

Thaiger melaporkan, klip video dirakam pelajar lain memaparkan insiden di mana suspek dikenali sebagai A yang merupakan pelajar berusia 14 tahun, menikam B menggunakan sebilah pisau. Mangsa berumur 15 tahun.


Konfrontasi antara mereka didorong oleh rasa cemburu dan berlaku di luar sebuah bilik muzik.

Foto: Khaosod

A tidak berpuas hari apabila bekas teman wanitanya semakin rapat dengan B sehingga mencetuskan pertengkaran. 

Keadaan bertambah buruk apabila A mengambil pisau dan menikam perut B yang membawa kepada kematian mangsa.

Ibu mangsa, Rattanaporn, 35, dan neneknya, Lamul, 65, meluahkan kesedihan mereka berhubung kes tersebut.

“Dia masih sangat muda dan bukan anak yang jahat,” kata Lamul.


Kejadian itu menimbulkan kesedihan kepada keluarganya dan dia merayu kepada orang ramai supaya tidak menyalahkan cucunya yang meninggal dunia. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-7-2023 10:37 AM
suka ti engkolahhhh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.102680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top