Siasatan awal polis berhubung kematian bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Melaka, tidak mengesan sebarang unsur jenayah termasuk penderaan atau pengabaian terhadap mangsa.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan dan pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa. "Pengasuh wanita berusia 34 tahun itu juga tidak ditahan namun siasatan lanjut masih dijalankan sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh. "Setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Harian Metro hari ini melaporkan bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Rumah Awam Ayer Molek, di sini.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT