Seorang gadis bangga berkongsi mengenai tabiat tunangnya yang selalu maklumkan jika berada di tandas. Perbualan antara mereka dikongsi di media sosial di mana si tunang akan memberitahu dirinya sedang membuang air besar berserta gambar selfie ketika melakukannya.
“Jap, tak tahan nak berak,” menurut tunang gadis itu yang menghantar gambarnya tersenyum di dalam tandas. Bukan sahaja di tandas di rumah, malah lelaki berkenaan turut mengemaskini pergerakannya di luar termasuk ketika di berada tandas awam. “B sampai Sungai Besi sudah. Berhenti dekat stesen minyak nak berak,” ujar tunangnya dengan kiriman gambar swafoto di tandas. Dalam siri tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang dimuat naiknya di TikTok sehingga tular, gadis berkenaan turut melayan tunangnya yang sedang membuang air besar. “Makan apa tadi ni tiba-tiba berak,” soalnya. “Berak sikit je sebab tak makan lagi. Keluar pun sikit je,” balas si tunang. Dalam hantaran sama, gadis berkenaan turut mendedahkan beberapa swafoto tunangnya yang dipercayai sedang membuang air besar di tandas. Difahamkan, pasangan itu bertunang pada tahun ini dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perkongsiannya sebagai menggelikan hati. “Kuat berak dia ni. “Kelakar la hahaha. “Hahaha maafkan usus saya,” komen netizen. Dalam pada itu, tidak terkecuali beberapa komen yang terkejut dengan perkongsian gadis berkenaan yang bercerita mengenai tabiat tunangnya. “Apa berak memanjang siap bukti gambar tengah berak?” soal netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT