Pempengaruh TikTok wanita berusia 20 tahun yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, dibebaskan selepas ujian saringan air kencing didapati negatif. Dia antara 85 individu yang diperiksa dalam serbuan di premis itu di Lebuh Nordin, Georgetown pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 2.15 pagi. Katanya, hasil pemeriksaan seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan menjalani ujian saringan air kencing. "Didapati tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 27 tahun positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC) dan Benzodiazepines. "Kesemuanya direman selama sehari pada 23 Julai lalu dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Soffian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Orang ramai dinasihati supaya tidak terbabit dengan aktiviti penggunaan dadah semasa mengunjungi pusat hiburan," katanya Sumber: Harian Metro
|
OshinDaSolja replied at 25-7-2023 05:11 PM
iollz takde tiktok so mmg tak taw apa2 di dunia sana...lgpun iollz tak kuasa nk tngok video2 bodoh d ...
OshinDaSolja: iollz takde tiktok so mmg tak ...
ADVERTISEMENT