CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Sekeluarga Keracunan Makan Sarang Madu Frozen, Peniaga Marah-Marah Lepas Tangan

25-7-2023 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4051| Komen: 55

Tiga sekeluarga dikejarkan ke Hospital Banting akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan sarang madu frozen.

Menerusi perkongsian @hidayahdayha di akaun TikTok memaklumkan, ibu dan dua adiknya muntah dan cirit birit selepas makan sarang madu lebah frozen (sejuk beku) yang dibeli dari kedai atas talian.



TikTok

“Mak dan adik-adik sekarang ditahan di wad, pada awalnya mereka kebas dan bengkak di kawasan leher serta muntah dan cirit-birit.

“Saya susah hati dengan keadaan mak yang tidak berapa baik disebabkan okeh faktor usia dan sejarah darah tinggi,” jelasnya.

Lebih parah, Hidayah mendedahkan peniaga makanan tersebut bertindak melepaskan tangan apabila dihubungi mengenai isu keracunan itu.

“Apabila kita bagitahu peniaga, dia tanya adakah saya nak menjatuhkan perniagaannya. Awak nak lagi ramai ke yang masuk hospital,” ujarnya di ruangan kapsyen.




TikTok

Malah peniaga tersebut juga mempersoalkan kebenaran produknya itu menjadi punca keracunan.

“Saya dah jual lebih 4000, hanya awak seorang sahaja yang jadi macam ini. Kalau madu saya tidak bagus, semua orang akan ke hospital,” kata peniaga itu.


TikTOk

Dia juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian di kedai atas talian terutamanya barangan makanan.

“Hati-hati lah korang bila beri barang makanan dari mana-mana tempat sekali pun, sekarang ahli keluarga saya berada di unit kecemasan hospital Banting. Semoga Allah permudahkan semuanya,” tulisnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 25-7-2023 03:10 PM
I cukup nyampah kalu seller bagi alasan customer lain x penah kena @ komplen..
Quote helicornia 25-7-2023 03:11 PM
bukan ke madu tak bole letak dalam freezer/fridge?
Quote lasagnaklcc 25-7-2023 03:15 PM
Entah² benda tu dah tercemar dulu kemudian difrozenkan pastu makan.
Quote Weller 25-7-2023 03:23 PM
madu pun nak frozen?


bukan takkan basi ke madu ni.....


huhuhuhu
Quote Thunderclouds 25-7-2023 03:25 PM
Typical seller mulayu.
Bila komplen, meroyan customer nk jatuhkn bisnes dia.
Quote Thunderclouds 25-7-2023 03:29 PM
helicornia replied at 25-7-2023 03:11 PM
bukan ke madu tak bole letak dalam freezer/fridge?

Bole.
Nk preserve lama sumbat ja dlm freezer.
Quote Samerosie 25-7-2023 03:34 PM
Ini sarang madu ke sarang lebah dekkkkkkkk.  Mana de sarang madu.  Anyway, maybe family ni allergic kepada madu tualang kut.  Iols ada beli madu tualang ni support kawan dia ada bela lebah tualang ni tapi iols tak boleh telan pula madu ni mcm masam.
Quote Perawankota 25-7-2023 04:56 PM
Madu pon blh jadik racun ye? Takut jugak aku, wlupon aku bkn penggemar madu..
Quote msdummy.2018 25-7-2023 05:01 PM
Kalo betul dia dh lama meniaga and none customer feel the sme experience, then i guess benda tuh mgkn rosak waktu delievry atau mgkn jua rosak sb pembeli xsimpan betul2..well...kisah mcm ni dua pihak kena dengar...
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 05:06 PM
Kusangkakan dua, rupanya tiga!

[youtube]-D37AFbApvo[/youtube]

Nasib baik tak empat
Quote AbukRokok 25-7-2023 05:09 PM
Perawankota replied at 25-7-2023 04:56 PM
Madu pon blh jadik racun ye? Takut jugak aku, wlupon aku bkn penggemar madu..

Madu juga blh mengakibatkan perang dunia
Quote AbukRokok 25-7-2023 05:10 PM
Madu xbasi ok..simpan la bertahun2 pun
Madu tu xsalah
Quote Perawankota 25-7-2023 05:18 PM
AbukRokok replied at 25-7-2023 05:09 PM
Madu juga blh mengakibatkan perang dunia

Ituuuu madu lain….
Quote amyza 25-7-2023 05:21 PM
Perawankota replied at 25-7-2023 04:56 PM
Madu pon blh jadik racun ye? Takut jugak aku, wlupon aku bkn penggemar madu..

Madu pun boleh naikkan gula dlm darah. Masa batuk 2minggu amalkan madu lemon, kurma. Bila check darah, dari normal terus jadi pre diabetis 11 mencanak naik.
Quote Perawankota 25-7-2023 05:24 PM
amyza replied at 25-7-2023 05:21 PM
Madu pun boleh naikkan gula dlm darah. Masa batuk 2minggu amalkan madu lemon, kurma. Bila check da ...

Seramnyaaaa dengar.. Nasib bkn penggemar madu
Quote anony-mous 25-7-2023 05:34 PM
exclusive_vvip replied at 25-7-2023 03:10 PM
I cukup nyampah kalu seller bagi alasan customer lain x penah kena @ komplen..

Tp klau batch sama org lain xkena, mmg boleh dikira salah customer jgk. Mgkin cara simpan salah. Seller dah elok bgkus bersih
Quote intan244 25-7-2023 05:51 PM
hntr la madu tu ke lab tgk betul ke dah rosak. mgkn benda lain gak.
Quote shamsadis 25-7-2023 06:21 PM
aku hanya beli madu jenama Agromas sahaja. Lain semua aku tak percaya. Mengikut kajian, 80 peratus madu di pasaran adalah palsu.

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -tiruan-di-pasaran/
Quote Radzor 25-7-2023 07:12 PM
shamsadis replied at 25-7-2023 06:21 PM
aku hanya beli madu jenama Agromas sahaja. Lain semua aku tak percaya. Mengikut kajian, 80 peratus m ...

beli kat mana agromas?

madu mmg ok tp dah pi campur makan dgn sarang lebah tu dah nape

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top