CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beza Umur 34 Tahun- Gadis 19 Tahun Jatuh Cinta, Kahwin Dengan Kawan Baik Bapa

25-7-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 985| Komen: 6

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Bekasi, wilayah Jawa Barat tular kerana mempunyai perbezaan usia sebanyak 34 tahun.

Wolipop melaporkan, berdasarkan klip video  di laman TikTok, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai lalu itu dilihat mempamerkan kad pernikahan mereka, menunjukkan si isteri lahir pada 2004, manakala suaminya dilahirkan pada 1970.


Menurut Pebriyanti Hardiansyah, 19, suaminya iaitu  Nurhadi, 53, pada awalnya merupakan sahabat  bapanya.


Foto: Wolipop

Katanya, dia pertama kali bertemu Nurhadi ketika berusia lima atau enam tahun di mana ketika itu, suaminya telah pun berumah tangga.

“Dahulu, dia kerap datang ke rumah bersama isterinya. Namun, perkenalan kami hanya setakat itu kerana dia ialah rakan baik bapa saya,” ujarnya.

Tambah Pebriyanti, ketika berusia 19 tahun, dia sekeluarga mendapat tahu bahawa isteri Nurhadi telah meninggal dunia selepas mereka bertemu kembali.


“Disebabkan saya seorang yang ceria, rasa mesra itu mula timbul hingga akhirnya saya mula tertarik kepadanya,” jelasnya.

Hubungan mereka akhirnya berubah menjadi pasangan kekasih sehingga Nurhadi bertindak melamar Pebriyanti pada 1 Mei lalu dan berkahwin pada 1 Julai. 

Kisah pasangan tersebut menjadi perhatian netizen dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.

“Kalau saya, mungkin seumur hidup orang sangkakan dia ialah bapa saya,” kata seorang netizen.

“Suaminya sebaya bapa saya, si isteri pula sebaya adik saya,” kata pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 25-7-2023 11:28 AM
tiber kawan baik jadi mertua/menantu
Quote batmana 25-7-2023 11:31 AM
Perempuan bijak biasa kawin dgn lelaki yg lebih tua
Quote Purplehaz 25-7-2023 12:49 PM
Nasib x baik..kawin org tua pastu jap jer kena jaga laki sakit..terlantar.
Rezeki juga tu
Quote lattehazelnut 25-7-2023 01:00 PM
batmana replied at 25-7-2023 11:31 AM
Perempuan bijak biasa kawin dgn lelaki yg lebih tua

Mn kau friska ek
Quote menjad 25-7-2023 01:04 PM
Bertabah lah pakcik tuh nak layan org muda yang bz ngan tiktok jer. Tau jer lah budak remaja skrg rebel tak tentu hala.

Umo 53 nak layan mampuih haiiihhh
Quote rosedemon 26-7-2023 10:29 AM
gitooooooooooooooooooooooo picang tua

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.088504 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top