View: 822|Reply: 6
|
Beza Umur 34 Tahun- Gadis 19 Tahun Jatuh Cinta, Kahwin Dengan Kawan Baik Bapa
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Bekasi, wilayah Jawa Barat tular kerana mempunyai perbezaan usia sebanyak 34 tahun.
Wolipop melaporkan, berdasarkan klip video di laman TikTok, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai lalu itu dilihat mempamerkan kad pernikahan mereka, menunjukkan si isteri lahir pada 2004, manakala suaminya dilahirkan pada 1970.
Menurut Pebriyanti Hardiansyah, 19, suaminya iaitu Nurhadi, 53, pada awalnya merupakan sahabat bapanya.
Foto: Wolipop
Katanya, dia pertama kali bertemu Nurhadi ketika berusia lima atau enam tahun di mana ketika itu, suaminya telah pun berumah tangga.
“Dahulu, dia kerap datang ke rumah bersama isterinya. Namun, perkenalan kami hanya setakat itu kerana dia ialah rakan baik bapa saya,” ujarnya.
Tambah Pebriyanti, ketika berusia 19 tahun, dia sekeluarga mendapat tahu bahawa isteri Nurhadi telah meninggal dunia selepas mereka bertemu kembali.
“Disebabkan saya seorang yang ceria, rasa mesra itu mula timbul hingga akhirnya saya mula tertarik kepadanya,” jelasnya.
Hubungan mereka akhirnya berubah menjadi pasangan kekasih sehingga Nurhadi bertindak melamar Pebriyanti pada 1 Mei lalu dan berkahwin pada 1 Julai.
Kisah pasangan tersebut menjadi perhatian netizen dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.
“Kalau saya, mungkin seumur hidup orang sangkakan dia ialah bapa saya,” kata seorang netizen.
“Suaminya sebaya bapa saya, si isteri pula sebaya adik saya,” kata pengguna lain. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tiber kawan baik jadi mertua/menantu |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan bijak biasa kawin dgn lelaki yg lebih tua |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib x baik..kawin org tua pastu jap jer kena jaga laki sakit..terlantar.
Rezeki juga tu |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 25-7-2023 11:31 AM
Perempuan bijak biasa kawin dgn lelaki yg lebih tua
Mn kau friska ek |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabah lah pakcik tuh nak layan org muda yang bz ngan tiktok jer. Tau jer lah budak remaja skrg rebel tak tentu hala.
Umo 53 nak layan mampuih haiiihhh |
|
|
|
|
|
|
|
gitooooooooooooooooooooooo picang tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|