Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu dihukum dengan peruntukan jika memang ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong dalam undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpendapat pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) terbabit perlu dihukum dengan lebih tegas selepas penyokong mereka terus berdegil dengan menyalakan suar dalam Stadium Sultan Ibrahim meskipun sudah didenda FAM.
"FAM harus bertegas atas isu ini dan ikut peruntukan sedia ada. Kalau ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong atas kesalahan ini, FAM kena lakukan juga tanpa ada sebarang pilih kasih. "Ia jawapan yang tidak relevan kerana tidak ada kena mengena dengan nak kalahkan JDT kena kalahkan di atas padang. "Kita bukan bercakap mengenai perlawanan atau pasukan JDT tetapi mengenai undang-undang membakar suar. Kalau kita mahu dihormati, kita kena menghormati segala peraturan yang sudah ditetapkan.
"Ini adalah kesalahan berulang. Kita tahu JDT memang sebuah pasukan yang hebat tetapi tiada pihak yang seharusnya lebih tinggi daripada undang-undang. "Pasukan yang baik seperti JDT dengan segala fasiliti terbaik, tentu sekali kemasukan suar ke dalam stadium menjadi satu tanda tanya?," kata Jamal kepada BH Sukan. Terdahulu, cadangan untuk mengenakan pemotongan mata kepada skuad Harimau Selatan susulan tindakan penyokong mereka membakar suar dianggap sebagai tidak 'gentleman' oleh pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Malah, Tunku Ismail menyifatkan ia sebagai satu mentaliti 'orang yang kalah' apabila ada pihak mengharapkan skuad Harimau Selatan 'jatuh' selepas dikenakan pemotongan mata. "Kami sudah didenda kira-kira RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Kalau nak bertentang dengan JDT, takkan awak nak harap mata kita dipotong kerana penyokong bakar suar. "(Itu) tak gentleman. Kalau nak kalahkan JDT, kalahkan atas padang, jangan harap kononnya mata JDT akan dipotong kerana pada pandangan saya, ia adalah 'loser mentality' dan 'mindset.' "Pengurusan pasukan lain seharusnya beri tumpuan untuk menambahbaik skuad mereka daripada sibuk mengenai JDT," katanya menerusi satu temubual di Johor Southern Tigers. Sumber: BH Online
|
Decaffeinated replied at 25-7-2023 11:39 AM
Seronok tengok hooligan tu kena kutip tak kisahlah oleh siapa.
Video kena tibai takde eh?
toynme replied at 25-7-2023 11:41 AM
ada...kat TT banyak
OshinDaSolja: selagi ada Jdt selagi itulah L ...
Decaffeinated replied at 25-7-2023 12:21 PM
Video kena kutip tu aku ada tengok.
Yang kena tibai sampai patah hidung tu betul ka propa?
SalenaGomez replied at 25-7-2023 05:51 AM
Apa nak pelik, sume best player depa tapau
Kadang tu kesian kat player2 ni duk kat bangku simpanan ...
ADVERTISEMENT