CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 11

Legenda Bola Sepak Negara Anggap Alasan TMJ Tak Relevan, JDT Perlu Dihukum

[Copy link]
Post time 25-7-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu dihukum dengan peruntukan jika memang ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong dalam undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpendapat pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) terbabit perlu dihukum dengan lebih tegas selepas penyokong mereka terus berdegil dengan menyalakan suar dalam Stadium Sultan Ibrahim meskipun sudah didenda FAM.




BH




"FAM harus bertegas atas isu ini dan ikut peruntukan sedia ada. Kalau ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong atas kesalahan ini, FAM kena lakukan juga tanpa ada sebarang pilih kasih.


"Ia jawapan yang tidak relevan kerana tidak ada kena mengena dengan nak kalahkan JDT kena kalahkan di atas padang.


"Kita bukan bercakap mengenai perlawanan atau pasukan JDT tetapi mengenai undang-undang membakar suar. Kalau kita mahu dihormati, kita kena menghormati segala peraturan yang sudah ditetapkan.


"Ini adalah kesalahan berulang. Kita tahu JDT memang sebuah pasukan yang hebat tetapi tiada pihak yang seharusnya lebih tinggi daripada undang-undang.


"asukan yang baik seperti JDT dengan segala fasiliti terbaik, tentu sekali kemasukan suar ke dalam stadium menjadi satu tanda tanya?," kata Jamal kepada BH Sukan.


Terdahulu, cadangan untuk mengenakan pemotongan mata kepada skuad Harimau Selatan susulan tindakan penyokong mereka membakar suar dianggap sebagai tidak 'gentleman' oleh pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Malah, Tunku Ismail menyifatkan ia sebagai satu mentaliti 'orang yang kalah' apabila ada pihak mengharapkan skuad Harimau Selatan 'jatuh' selepas dikenakan pemotongan mata.




IG




"Kami sudah didenda kira-kira RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Kalau nak bertentang dengan JDT, takkan awak nak harap mata kita dipotong kerana penyokong bakar suar.


"(Itu) tak gentleman. Kalau nak kalahkan JDT, kalahkan atas padang, jangan harap kononnya mata JDT akan dipotong kerana pada pandangan saya, ia adalah 'loser mentality' dan 'mindset.'


"engurusan pasukan lain seharusnya beri tumpuan untuk menambahbaik skuad mereka daripada sibuk mengenai JDT," katanya menerusi satu temubual di Johor Southern Tigers.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukum potong mata ni hukum takzir ke hudud Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 10:02 AM | Show all posts
tindakan undang2 perlu di ambil apabila JMF memukul orang awam
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 11:39 AM | Show all posts
Seronok tengok hooligan tu kena kutip tak kisahlah oleh siapa.

Video kena tibai takde eh?


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 11:41 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-7-2023 11:39 AM
Seronok tengok hooligan tu kena kutip tak kisahlah oleh siapa.

Video kena tibai takde eh?

ada...kat TT banyak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 12:21 PM | Show all posts

Video kena kutip tu aku ada tengok.

Yang kena tibai sampai patah hidung tu betul ka propa?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi ada Jdt selagi itulah Liga Malaysia dlam gerhana cinta luka... mmg sedih KL kalah hari tu tp mmg result dh jangka akan kalah pun... cadangan iollz pasukan2 lain kena tubuhkan satu liga alternative, liga yg takde Jdt baru ada persaingan yg sihat... 10 tahun straight tapau kejuaraan liga bukanlah sesuatu yg normal... Man United atau Liverpool pun tak penah buat mcm tu rsanya...must be something wrong somewhere...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja: selagi ada Jdt selagi itulah L ...


Apa nak pelik, sume best player depa tapau
Kadang tu kesian kat player2 ni duk kat bangku simpanan je, yg penting monopoli best player di malaysia

Nak salahkan player pon x boleh. Sape x rambang mata offer gaji tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 03:02 PM | Show all posts
Liga Arab Saudi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:22 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-7-2023 12:21 PM
Video kena kutip tu aku ada tengok.

Yang kena tibai sampai patah hidung tu betul ka propa?

ada video kat TT budak kena bantai belakang stadium...yang rekod pun dah luar...video kena kutip tu mmg la bnyk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 05:53 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 25-7-2023 05:51 AM
Apa nak pelik, sume best player depa tapau
Kadang tu kesian kat player2 ni duk kat bangku simpanan ...

Betul, nak2 bila keluar cerita pemain bola veteran yang terpaksa jual medal la, mintak sumbangan la. So yang muda2 ni takut la dah tua sok dia pun jadi gitu, diorg pun dapat offer terus chow la tak tunggu lama dah. Janji gaji masuk tiap bulan, rumah, kereta, bil apa semua takde tertunggak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 monyet bola sakai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054042 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list