CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

The 1975 Buat Onar, Kid Laroi Minta Maaf Kepada Malaysia Dan Buat Persembahan Percuma Di Lobi Hotel

24-7-2023 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2025| Komen: 18

Berikutan perbuatan sumbang kumpulan The 1975 pada malam Good Vibes Festival 2023, Kid Laroi antara beberapa artis antarabangsa yang terkesan dengan pembatalan festival berkenaan.

Dia yang dimaklumkan tentang pembatalan festival muzik tersebut usai menjejakkan kaki di lapangan terbang tempatan, menzahirkan kekesalan di samping memohon maaf dan menyatakan rasa sayang kepada Malaysia melalui Insta Story.




Dia kemudian memuat naik beberapa perkongsian lain, namun apa yang menarik perhatian adalah penyanyi rap tersebut mengumumkan bahawa dirinya mungkin akan membuat persembahan di hotel yang didiaminya secara percuma.

Menerusi sebuah perkongsian TikTok salah seorang peminat yang hadir sewaktu persembahan tersebut, Kid Laroi dilihat santai menyampaikan beberapa lagu popular miliknya seperti “Stay” & “Without You”.



Kid Laroi atau nama sebenarnya Charlton Kenneth Jeffrey Howard tampil sederhana dengan seluar pendek dan baju kemeja serta topi dalam “konsert” percuma yang dihadiri lambakan peminat dan pengunjung hotel berkenaan.

Video yang dikongsikan akaun Tiktok @i_am_faa itu berjaya mendapat respons positif daripada netizen. 




Rata-rata mereka menyuarakan pujian di atas sikap rendah diri dan semangatnya sebagai seorang penghibur.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-7-2023 08:46 PM
Oh sweetnye.. n x hauk nyanyi live..
Quote OshinDaSolja 24-7-2023 09:04 PM
sila berambus balik dan jgn dtg lg...
Quote lattehazelnut 24-7-2023 09:07 PM
OshinDaSolja replied at 24-7-2023 09:04 PM
sila berambus balik dan jgn dtg lg...

Ni kid laroi la bukan matty healy
Quote codenamedream 24-7-2023 09:13 PM
Bagus. Untung yg satu hotel.
Local act yg tak dpt perform lepas GVF cancel pun buat free show kat Jio Space
Quote OshinDaSolja 24-7-2023 10:01 PM
lattehazelnut replied at 24-7-2023 09:07 PM
Ni kid laroi la bukan matty healy

I see,, sorry my bad... iollz ingatkan diorang satu jemaah rupanya asing2...
Quote dudaberhias 24-7-2023 10:19 PM
bestnyaaa dapat tengok free... dah la lagu kid laroi tu best...

btw kira baik la heolss sanggup buat free konsert ni walaupun konsert asal kena cancel...

mungkin sebab dah dapat payment jadi heolss rasa serba salah tak dapat penuhkan hati peminat...

patutnya jemput heols ni awal2 bukannya band yang nama tahun tok kadok yang who is yuhhhh...

Quote pestol 24-7-2023 10:58 PM
jgn bagi dia klua malaysia ni...
Quote DeLuna85 24-7-2023 11:50 PM
Dia ni kenal la juga. Tapi the 1975 tu memang tak kenal kalau takde kes.
Quote codenamedream 25-7-2023 12:15 AM
pestol replied at 24-7-2023 10:58 PM
jgn bagi dia klua malaysia ni...

Nak simpan dalam bilik ke?
Quote Perawankota 25-7-2023 02:21 AM
Hotel mana dia stay ni.. untungglaa
Quote Antifake 25-7-2023 07:23 AM
Oo.. sbb kobau sekor la tu kid leroi x leh nyanyi.
Quote Themilo 25-7-2023 07:33 AM
dudaberhias replied at 24-7-2023 02:19 PM
bestnyaaa dapat tengok free... dah la lagu kid laroi tu best...

btw kira baik la heolss sanggup bua ...

Lagu best? uols ngefans kah sis? Weols tau lagu sheols duet Justin Bibir tu jaaa
Quote abadi84 25-7-2023 08:00 AM
Welcome back..
Yg macam ni reti hormat tuan rumah
Mmg dialu2kan dtg bertamu
Quote me12345 25-7-2023 08:03 AM
Dah ada org ajar ke tu...org mesia mudah di pijak..dh buat salah , mintak maaf je mcm menyesal..pastu buat la benda baik sikit..confirm forgiven...welcome to malaysia...silap2 leh dpt PR...
Quote HujanBatuTiga 25-7-2023 09:44 AM
Kid laroi tu bknnya segroup la dgn hanat75 tu.
Quote mamajawie 25-7-2023 09:58 AM
hotel mana ni yach?btw kid laroi da balik oz ke?mohon imigresen jgn bagi dia balik mnta buat konsert lak kat malaysia..
Quote KamikuP 25-7-2023 03:52 PM
Sapa pulakkid leroi ni cuolls? Mujur nyanyi tak ceroi
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 03:58 PM
Bulu jembot dia warna kelabu jugak ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062851 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top