Aktres jelita, Uqasha Senrose mengakui sedikit terasa apabila ada individu yang menyindir dirinya dan adik-beradik iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose gara-gara belum memiliki zuriat.
Jelas Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak tahu apa motif sebenar individu berkenaan sehingga mengguris hatinya, malah enggan ambil peduli dengan sindiran tersebut. "Saya tak terasa bila dia bercakap pada saya, tetapi bila kaitkan dengan adik-beradik, sesiapa pun akan sedikit terasa. "Saya tak kisah mengenainya sebab saya juga baru setahun jagung dalam perkahwinan. Saya mahu fokus pada kerjaya dahulu, kalau ada anak, saya risau tak boleh beri komitmen pada kerja. "Saya tak tahu apa motif sebenar dia. Individu itu juga sudah sekat saya dahulu sebelum saya dapat tahu. Saya juga tak mahu layan sangat perkara tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei, baru-baru ini.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Kamal Adli ini tidak menolak kemungkinan dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata, sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
|
ADVERTISEMENT