CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 6

'Saya Terasa Bila Kaitkan Adik-Beradik Saya'

[Copy link]
Post time 24-7-2023 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Aktres jelita, Uqasha Senrose mengakui sedikit terasa apabila ada individu yang menyindir dirinya dan adik-beradik iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose gara-gara belum memiliki zuriat.


Jelas Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak tahu apa motif sebenar individu berkenaan sehingga mengguris hatinya, malah enggan ambil peduli dengan sindiran tersebut.






"Saya tak terasa bila dia bercakap pada saya, tetapi bila kaitkan dengan adik-beradik, sesiapa pun akan sedikit terasa.


"Saya tak kisah mengenainya sebab saya juga baru setahun jagung dalam perkahwinan. Saya mahu fokus pada kerjaya dahulu, kalau ada anak, saya risau tak boleh beri komitmen pada kerja.


"Saya tak tahu apa motif sebenar dia. Individu itu juga sudah sekat saya dahulu sebelum saya dapat tahu. Saya juga tak mahu layan sangat perkara tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei, baru-baru ini.


Dalam pada itu, isteri kepada aktor Kamal Adli ini tidak menolak kemungkinan dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata, sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Esa.


  



"Ia soal rezeki daripada Allah. Ada kemungkinan saya belum bersedia, suami belum bersedia, kewangan juga. Banyak perkara perlu diambil kira."Kami juga masih dalam fasa mengenal hati budi, orang kata tempoh lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah cabaran paling besar.


"Jika diberikan rezeki awal, adalah. Saya juga pernah mengandung, bukan tak pernah, tak terasa pun tetapi bila kaitkan adik-beradik, saya terasa juga," jelasnya lagi.


Terdahulu, Uqasha mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar byk2 uqa. Mulut manusia ni mmg mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:02 PM | Show all posts
tak payah terasa... janji bahagia cukup dan abaikan je komen tu...

acik2 buki bentan sampai kena mengcekik jamu kembang tekak kak km tu je masih sibuk dengan zuriat retis dan orang lain...

bila dah beranak nanti pun masih sibuk lagi komen jangan angkat baby takut buki bentan walaupun dah jahit pakai tukang jahit beg hermes...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya la org duk sibuk lg pasal jodoh rezeki zuriat org ni..kau dah kenapa hanat sgt persoal kerja2 tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
abaikan je. netizen mana je yg tak over mcm dia plk tuhan yg tentukan segala.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen sibuk nk buat kerja tuhan pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa abpbh haritu camera fokus dkt dia
Scary ye muka sheols tanpa filter [em:11:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052289 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list