Elon Musk membuat pengumuman Twitter kini mahu dikenali sebagai X. “Logo interim X akan digunakan bermula hari ini,” ciap Musk. Dia juga menyatakan Twitter kini diakses sebagai X.com. Malah menjawab kepada salah satu pertanyaan netizen, Musk mengatakan X akan menjadikan platform tersebut lebih hebat berbanding sebelum ini.
Musk juga mengatakan sepatutnya sudah lama menukar atau rebranding platform tersebut. Twitter selama 17 tahun diperkenalkan kepada pengguna media sosial menggunakan lambang burung berwarna biru. Musk membeli Twitter pada Oktober 2022 dan sejak itu nama syarikat tersebut juga ditukar kepada X Corp. Sejak mengambil alih Twitter, Musk juga telah membuat beberapa keputusan yang membangkitkan kemarahan pengguna termasuk meletakkan limit atau kadar akses dalam sehari. -CARI Sumber: Gempak
|
kakikuDibibirmu replied at 24-7-2023 07:08 PM
Daripada bukak x.com akak lagi suka bukak xnxx.com untuk menimba ilmu
ADVERTISEMENT