Rom, Itali – Penganjur ratu cantik Miss Italia tidak akan membenarkan golongan transgender bersaing dalam pertandingan itu, lapor portal berita MailOnline semalam. Penaung Miss Italia, Patrizia Mirigliani berkata, peserta Miss Italia mesti terdiri daripada wanita sebenar yang jantina mereka disahkan semasa lahir, tanpa berkiblat kepada trend transgender masa kini.
Keputusan itu dibuat setelah Belanda menobatkan seorang peserta lelaki yang merupakan transgender pertama memenangi pertandingan ratu cantik negara berkenaan, Rikkie Valerie Kolle, 22, pada 8 Julai lalu. Mirigliani berkata, adalah tidak munasabah untuk pertandingan ratu cantik cuba menarik perhatian orang ramai dengan memasukkan golongan transgender sebagai peserta.
Bagaimanapun, katanya, dia gembira jika pertandingan di Belanda ingin menjadikan golongan transgender sebagai peserta. “Sejak ia diadakan, pertandingan saya telah mengatur bahawa peserta ialah seorang wanita sejak lahir. Dia turut menyatakan bahawa wanita yang mempunyai tatu, tindikan, dan melakukan penambahbaikan kosmetik lain, dibenarkan untuk menyertai Miss Italia. Sumber: Kosmo! Online
|
Samerosie replied at 24-7-2023 06:15 PM
In future, kena specify manusia yg chromosome XX je dibenarkan masuk pageant for women mcm ni.
mejaputih replied at 24-7-2023 06:18 PM
kena buat pengesahan ujian DNA dulu
Samerosie replied at 24-7-2023 06:20 PM
Ya la u, WMMA pun dia masuk gila kut. Derang still jantan.
dani-rox replied at 24-7-2023 06:31 PM
Utk mewakili Itali dlm pertandingan Miss Universe?
Tauke MUO yg baru tu pun pondan siam, so howww? ...
Farnor replied at 24-7-2023 10:08 PM
ource_ve_path=MA&feature=emb_rel_end
Salah tepek ke? sis..ni hah bakal2 transgender yer..suara ang ...
ADVERTISEMENT