Jakarta: Bapa tergamak melakukan penderaan seksual termasuk meliwat anak perempuannya berusia 12 tahun, sejak dua tahun lalu. Kejadian itu berlaku di Gerunggang, Kota Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pangkalpinang, Evry Susanto berkata, mangsa diliwat berulang kali ketika tidur di rumah sewa mereka sejak 2021. Katanya, perbuatan itu terbongkar selepas isteri suspek mengetahui kejadian itu selepas anaknya mengadu sebelum melaporkannya kepada ketua kampung dan membuat laporan polis. "Sehingga 21 Julai lalu, suspek masih melakukan perbuatan terkutuk itu. "Keesokan harinya, suspek masih menghantar pesanan kepada mangsa untuk mengulangi perbuatan itu. "Namun, mangsa yang tidak tahan dan ketakutan terus mengadu kepada ibunya sebelum seorang sepupu membantunya membuat laporan," katanya.
Evry berkata, suspek berusia 54 tahun yang juga seorang buruh itu sudah ditahan. "Sebelum itu, suspek mengejar isteri dan anaknya bagi menghalang mereka membuat laporan. "Mangsa turut menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit pada bahagian duburnya," katanya dalam portal Kompas. Sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman di bawah akta pencabulan kanak-kanak bawah umur. Sumber: Harian Metro |
Kitty_catz replied at 24-7-2023 06:48 PM
bangsa bibik friskies lagi
isyh isyh isyhhhh
tikusmontok replied at 24-7-2023 08:54 PM
Babu friska dah masuk belom? Tak abis minum kopi lagi ka?
Kitty_catz replied at 25-7-2023 08:46 AM
blom.. tengah mencekik besekut lutut cicah kupi
ADVERTISEMENT