CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Diburu Di Indonesia, Wanita Tuntut Janji Nak Kahwin "Bukan Seorang, Sehari Ada 15, 16 Orang"

24-7-2023 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1365| Komen: 12

Gara-gara ada individu yang menggunakan wajahnya untuk aktiviti penipuan, Hafiz Hamidun mendedahkan dirinya diburu di Indonesia.

Memetik laporan Melodi, dia mengatakan sudah ramai mangsa yang tertipu dengan janji-janji manis ‘scammer’ tersebut.


Foto: IG

“Saya ada mendapat report, ramai wanita-wanita di Indonesia ditipu oleh muka saya. Saya suspect scammer yang pakai muka, video saya malah gambar bersama anak saya.

“Video-video di Instagram saya mereka ambil seolah-olah saya sedang WhatsApp dengan wanita-wanita itu minta duit, janji nak kahwin dan ada yang menuntut bila nak kahwin.

“Bukan seorang, sehari ada 15, 16 orang yang akan report balik bila mereka dah kena tipu, baru mereka search rupanya gambar tersebut adalah Hafiz Hamidun."


Dedahnya, beribu akaun sudah dicipta bagi kegiatan penipuan tersebut namun Hafiz mengambil pendekatan untuk menghubungi para wartawan di negara itu untuk menguar-uarkan mengenai kes tersebut.

“Sebenarnya saya dah wanted dah dekat Indonesia. Saya tak nak layan pun isu ni kalau satu dua akaun yang guna gambar saya sebab tak boleh nak kawal pun.

“Tapi kalau sehari dah terlalu banyak, beribu akaun dah disiapkan untuk scam orang. Saya harap saya dapat settle kan benda ni cepat. Saya tak larat nak melayan berita-berita macam ni.


“Progressnya saya dah bertanyakan kepada kawan-kawan wartawan dari Indonesia, saya minta mereka share jangan tertipu dengan akaun-akaun yang menggunakan gambar saya,” jelasnya.

Namun, pelantun lagu Inni Tawakkaltu merasakan ada hikmah perkara tersebut berlaku kerana dia semakin dikenali dan mempunyai peminat di Indonesia.


“Tapi saya rasa mungkin ada hikmah disebalik itu, mereka mula mencari tahu pasal saya dan ramai peminat-peminat dari Indonesia.

“Lepas ini saya akan aktif lagi untuk make sure benda ni tak akan jadi kes yang lebih serius. Saya tak nak muka saya elok-elok datang sana nak bercuti dekat Jakarta, kena langgar pula,” katanya.


Sementara itu, Hafiz terkilan gambar keluarga bersama anaknya digunakan dan menegaskan untuk berhenti menggunakan gambarnya untuk aktiviti penipuan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 24-7-2023 04:49 PM
Alahai pompuan2 indon ni nmpk sgt x kenal pismedon ni....nak sgt kawen pismedon sbb nak jd warganegara msia la tu
Quote I.K.A888990 24-7-2023 04:50 PM
adui la layan je bang
Quote mamajawie 24-7-2023 05:19 PM
bluerrrrkkk...
Quote dua_chzy 24-7-2023 05:20 PM
Dah tua Pis Midun.
Quote dua_chzy 24-7-2023 05:21 PM
cmf_premierleag replied at 24-7-2023 08:49 AM
Alahai pompuan2 indon ni nmpk sgt x kenal pismedon ni....nak sgt kawen pismedon sbb nak jd wargane ...

Ntah2 nipu claimed orang Ndon tinggal di Canada ka apa.
Quote laksmanabentan 24-7-2023 05:23 PM
iya la tuh.... boleh ker percaya ker cite nih....
hahahhaaha.... takde bukti apa2 ker...
screenshot FB ker... IG ker... hahaahhahaa...
Quote dudaberhias 24-7-2023 05:29 PM
ya ampunnn bibik2 indon tu... dengan rhoperr gini pun boleh tertipu...

joyah repah dah ada pengganti yang lebih herlok tauuu...

nak kecam joyah pun tak jadi sebab dia belanja haritu...

Quote asimilasi 24-7-2023 05:34 PM
Selain pu azman, fetri yahya… ni pun iols rasa heshe sekapal ngan theyols…
Quote OshinDaSolja 24-7-2023 09:23 PM
gadis2 Indonesia rsanya lebih kejar bule2 Belanda dan mas ganteng kpop... lelaki Malaysia ni diorang bole beza ke klau pegi sana... kt tanah air ni pun rmai keturunan seberang... kdg2 iollz boleh taw dia ni org pantai timur atau utara, sbb muka ada lain skit ... tp tak semua tekaan iollz betul...ada jer muka jawa tp orang ganu... ada je muka kelate tp boyan...mcm2 ada di Malaysia... Malaysia is truly Asia
Quote rayna_raynes 24-7-2023 09:48 PM
Dah tua ni nampak helok pulak heols
Quote rosedemon 25-7-2023 09:04 AM
euuuwwwwwwwwwwwwwwwwww closet gayah sgt
Quote shernazz 25-7-2023 09:17 AM
Percaya jelah
MCM Jaafar onn dipinang oleh wanita2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.062400 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top