CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Karya Kreatif Tu Subjektif, Takde Sedap Atau Tak Sedap"- Siti Nurhaliza Balas Komen Netizen Kata Lagu Tak Sedap

24-7-2023 03:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1811| Komen: 20


Selepas lima tahun tidak membuat kemunculan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menghiburkan tetamu pada malam acara yang berlangsung Jumaat lalu itu.

Mendendangkan lagu berjudul Romansa secara eksklusif, ada netizen bagaimanapun yang meninggalkan komen di media sosial menyatakan pendapat bahawa lagu tersebut 'tidak sedap'.

Tidak berdiam diri, Siti Nurhaliza dilihat memberi respon terhadap komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa sesebuah karya kreatif itu subjektif serta tiada yang sedap atau tidak sedap untuk didengar.


“Karya kreatif tu subjektif, takde sedap atau tak sedap . Pengkarya menghasilkan muzik mereka.

"Hargai komposer-komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman.” balasnya.

Bagaimanapun, lebih ramai yang memuji kualiti lagu tersebut serta persembahannya yang memukau pada malam tu.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BknMaksum 24-7-2023 03:18 PM
Masalahnya mmg lagu sheols x sedap pon. kak duds @dudaberhias sila beri sepatah 2 kata.
Quote zuriey 24-7-2023 03:20 PM
Tak boleh terima kenyataan lettew
Quote dudaberhias 24-7-2023 03:21 PM
BknMaksum replied at 24-7-2023 03:18 PM
Masalahnya mmg lagu sheols x sedap pon.  kak duds @dudaberhias sila beri sepatah 2 kata.

Memang tak sedap pun...
suara sheolsss ya memang merdu... yang tu iolsss memang tetap akan puji suara tokti merdu...

tapi part chorus tu geli geleman yach iols dengar... duk hoeeeeeeee hoeeeeeeeeeeeeee hoeeeeeeeeeeeeeeee...

dah kena sumpah jadi santa claus ke apa waktu nyanyi chorus tu??? ho ho ho

patutnya release album ni waktu krismas boleh di pasang2 kat mall untuk meraikan perayaan natal...


Quote Mamason 24-7-2023 03:22 PM
Siti ni org tegur tu utk kebaikan, pendengar and peminat pun berhak bersuara.  Nak bagai tau utk improve... kalau dok pertahankan prinsip sendiri... jenuh lee..
Quote BknMaksum 24-7-2023 03:51 PM
dudaberhias replied at 24-7-2023 03:21 PM
Memang tak sedap pun...
suara sheolsss ya memang merdu... yang tu iolsss memang tetap akan puji su ...

Mcm biasa, komen kak duds mmg x mengecewakan.
Quote babelina 24-7-2023 04:10 PM
mmg x sedap.. yg ptg dh last2 tu.. jln sambil toleh ke belakang memandang camera.. ayooooo mcm dh tua dh.. udah2 la ala2 cam gitew..
Quote cikenit2007 24-7-2023 04:11 PM
Memang tak sedap pun...terimalah ke nyataan...hihihihi
Quote Perawankota 24-7-2023 04:31 PM
Lagu dia, lagu kak jena yg baru pon tak sedap
Quote akuMNdia 24-7-2023 04:32 PM
lagu2 tokti ni tak pernah aku suka yg ibarat 'cinta pandang pertama'.
setakat ni dah dgr banyakkkkk kali baru ok kat telinga aku.
Quote rosevelvet 24-7-2023 04:33 PM
babelina replied at 24-7-2023 04:10 PM
mmg x sedap.. yg ptg dh last2 tu.. jln sambil toleh ke belakang memandang camera.. ayooooo mcm dh tu ...

X tkejut pun sheol buat mcm tu. Yg bebudak muda buat kt tiktok sheol pun bagai bbnu buat jugak
Quote freyayong 24-7-2023 04:42 PM
sedap je lagu romansa kita tu. preference masing2 la kan.
Quote dekmieDandy 24-7-2023 04:48 PM
macam dia cakap tu la, ada yang suka ada yang tak

lagu nek jenna baru tu pun ada yang tak suka

korang komen pun, lagu siti zaman anak dara dulu tu, semua ko suka ke? memang tak skip lansung ye, semua ko dengar berjuta kali ke
Quote ashilalat 24-7-2023 04:48 PM
Alah..ada ke satu benda kat dunia ni yg 100% semua org suka? Normal lah ada yg suka ada yg x suka. Siti pon x payah la menggelabah kalau ramai x suka. Yg suka pon ada kan?

Kalau semua org selera sama, ramailah manusia yg x kahwin sampai skrg. Eh!
Quote MissYouSayang 24-7-2023 04:56 PM
Sedap jah lagu beromensa tu...yg kate x sdp tu mohon titik esteloder yachh kerana masih stuck zmn sitinon bersuara blum putus urat akibat beranak
Quote Lampuled 24-7-2023 05:09 PM
Tak sedap lg tu. Mcm tak kena dgn dia lah. Takde chemistry.
Quote makcun14 24-7-2023 05:54 PM
alahai sensitipnya ....
makin berusia, makin cepat terasa .
dulu masa muda kena kecam pasal pilihan suami steady sajach.
Quote babelina 24-7-2023 06:01 PM
rosevelvet replied at 24-7-2023 04:33 PM
X tkejut pun sheol buat mcm tu. Yg bebudak muda buat kt tiktok sheol pun bagai bbnu buat jugak

Knnn.. filter sebakul..
Quote rosevelvet 24-7-2023 09:09 PM
babelina replied at 24-7-2023 06:01 PM
Knnn.. filter sebakul..

Persis terpaling obses dgn muka sendiri.
Quote darkness 24-7-2023 09:10 PM
Maapla..mmg tak sedap

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036605 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top