Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid yang semakin aktif dalam bidang pengurusan acara atau konsert menolak dakwaan dia sudah bergelar jutawan. Juara Akademi Fantasia 2015 itu berkata, walaupun dia dan isteri, Ain sudah mempunyai sistem kewangan yang stabil, namun ia bukan tiket untuk membazir dan menjadi lupa diri.
"Apa yang saya ada ketika ini di luar jangkaan saya, namun saya menganggapnya sebagai rezeki. Tapi kita jangan lupa, apabila Allah nak tarik sekelip mata. Apatah lagi perniagaan ada naik turunnya. "Kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, jadi apabila sudah stabil jangan sesekali membazir. Sentiasa beringat itu yang penting. Malah, saya juga masih menjual sambal yang diusahakan ketika era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. "Saya memang jatuh ketika PKP dan rasanya bukan saya saja terkesan. Hasil jualan sambal dulu saya ambil risiko menggunakan wang itu sebagai modal untuk aktif sebagai pengurusan konsert.
|
OshinDaSolja replied at 24-7-2023 01:30 PM
wujud lg dia ni? better la engko focus bisnes kt Sg time currency x 3.4 ni... untung dlam Sgd, pastu ...
ADVERTISEMENT