View: 797|Reply: 4
|
"Kewangan Stabil Bukan Tiket Untuk Membazir, Lupa Diri" - Sufi Rashid
[Copy link]
|
|
Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid yang semakin aktif dalam bidang pengurusan acara atau konsert menolak dakwaan dia sudah bergelar jutawan.
Juara Akademi Fantasia 2015 itu berkata, walaupun dia dan isteri, Ain sudah mempunyai sistem kewangan yang stabil, namun ia bukan tiket untuk membazir dan menjadi lupa diri.
"Apa yang saya ada ketika ini di luar jangkaan saya, namun saya menganggapnya sebagai rezeki. Tapi kita jangan lupa, apabila Allah nak tarik sekelip mata. Apatah lagi perniagaan ada naik turunnya.
"Kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, jadi apabila sudah stabil jangan sesekali membazir. Sentiasa beringat itu yang penting. Malah, saya juga masih menjual sambal yang diusahakan ketika era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
"Saya memang jatuh ketika PKP dan rasanya bukan saya saja terkesan. Hasil jualan sambal dulu saya ambil risiko menggunakan wang itu sebagai modal untuk aktif sebagai pengurusan konsert.
"Alhamdulillah saya sebenarnya sudah mula berjinak-jinak sebagai syarikat pengurusan konsert sejak tahun 2017, namun mula aktif sejak tahun lalu. Bermula dengan konsert Ungu, Wali Band, Kugiran Masdo, Neyo dan akan datang pula kumpulan New Boyz serta Rossa," katanya.
Sufi berkata, walaupun aktif berniaga, tetapi dia tidak berhasrat meninggalkan terus bidang nyanyian.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
suka lagu dia ni tapi tu la semacam sendu lak sme cm hady mirza tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wujud lg dia ni? better la engko focus bisnes kt Sg time currency x 3.4 ni... untung dlam Sgd, pastu stay Malaysia... heaven |
|
|
|
|
|
|
|
jual sambal dengan cendol je kot kat sana. Weols pernah la lalu depan booth heols, jual cendol SGD6 free topping katanyahhh.. kosser la nak spend RM21 sekadar cendol biasa-biasa takde durian
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Kewangan yang stabil termasuk ultra kaya dan hyper kaya tidak dikira lesen untuk bersikap boros.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|