Seorang lelaki mendakwa tidak dibenarkan membuka akaun simpanan di bank kerana penampilannya yang selekeh. Katanya, dia terkilan apabila pegawai enggan melayan kerana pakaiannya ada kesan koyak sedikit dan khuatir dia sebenarnya seorang keldai akaun.
"Saya kata saya bukan keldai. Saya manusia, tengok saya berdiri dua kaki dan saya boleh bercakap dengan tuan makna saya bukan keldai," tulisnya meluahkan kekecewaan di grup Facebook. Bercerita lanjut tentang hal itu, lelaki itu mendakwa dia diminta pulang ke rumah untuk mengambil bil utiliti seperti elektrik namun permintaan tersebut dipersoalkannya. Enggan berputus asa, lelaki itu kembali ke bank yang sama namun kali ini dia menukar penampilan yang jauh lebih kemas. Sekembalinya ke bank tersebut, dengan berpakaian kemas ala T20 dia meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan.
"Pengurus cawangan setuju jumpa saya... saya mengadu nama pegawai sekian, selepas itu saya berjaya buka akaun hari itu juga. "Yang paling best, daripada gelaran encik terus bertukar jadi tuan sebab saya tukar baju sahaja. Orang kata jangan menilai buku daripada kulit tapi manusia menilai orang berdasarkan rupa paras dan baju," katanya. Di ruangan komen, dia berulang kali memaklumkan kejadian pada Jumaat lalu benar-benar berlaku dan dia merupakan pegawai kerajaan. Walau tidak dipastikan kesahihan perkongsian ceritanya, rata-rata netizen menegur sikap lelaki itu yang tidak bersikap profesional dan enggan mengikut prosedur. Hasil semakan di laman web sebuah bank mendapati terdapat keperluan mengemukakan salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat selain kad pengenalan dan deposit pengenalan. "Memang la syarat buka akaun antaranya ada bil-bil di bawah nama kita. Kau pula berlagak seolah mangsa keadaan. Nanti bank tegas tapis scammer, kau juga marah. "Ada bagusnya bank buat macam tu. Sekarang scammer berleluasa. Ramai juga yang jadi keldai akaun. Buka akaun untuk orang lain guna kad mereka. "Baju tu bukan masalah pun. Pakai la baju apa pun, janji sopan, janji bukan berbogel. Tak ada siapa nak judge melainkan diri sendiri yang terasa. "Kalau dah tahu nak buka akaun, benda penting kan. Ingatlah, tak kisah mana-mana bank pun kat Malaysia, tengok alamat kad pengenalan sama tak dengan alamat yang awak tinggal sekarang. "Kalau tak sama bawa la bil utiliti yang boleh menyokong. Mereka tak kejam, asalkan kita ikut prosedur," komen netizen. Sumber: mStar
|
babynina30 replied at 24-7-2023 08:28 AM
Eh i ltk emot. Awat jd Q marks bbyk plkk
ADVERTISEMENT