CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Mengaku Peminat Tegar Sanggup Mogok Lapar Sebab Syahmi Syazli Tak Menang Sebenarnya 'Haters'

23-7-2023 05:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1074| Komen: 7

Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli, 28, menjelaskan pemilik akaun Facebook, Zek Rollins yang mengaku peminat tegarnya sebenarnya adalah penyamar.

Ia susulan Zek yang membuat hantaran di Facebook mengatakan mahu mogok disebabkan Syahmi tidak menang kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35), kelmarin.



"Hari ini bising dalam Facebook pasal benda ini. Kononnya peminat 'tegar' Mi (Syahmi) mogok sebab ABPBH semalam. Pertama, kita kena jelas dan tahu, Zek Rollins ini akaun palsu dan ahli akaun B40 Buat Perangai Apa Hari Ini.

"Memang kita tahu, kebanyakan hantaran dalam akaun itu adalah 'troll', lawak dan kadang-kadang hantarannya benda-benda negatif. Zek Rollins sudah beberapa kali buat hantaran pasal Mi kononnya dia adalah peminat tetapi dia sebenarnya 'haters' yang sedang menyindir Mi," katanya.

Disebabkan itu, Syahmi menyifatkan hantaran Zek Rollins tidak patut diambil serius dan diperbesar sebagai berita.


"Jadi, nak marahkan Zek Rollins ini tak guna juga sebab dia akaun palsu. Yang menjadi masalahnya, boleh pula beberapa portal hiburan ambil hantaran Zek Rolling dari akaun itu sebagai sumber artikel mereka," katanya.

Syahmi yakin dan percaya, pengikutnya juga tidaklah bodoh untuk menjadi taksub sehingga buat hantaran sebegitu.


Terdahulu, akaun Zek Rollins itu membuat hantaran provokasi dengan menafikan kemenangan Bell Ngasri untuk kategori Artis Komedi Popular di ABPBH35.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-7-2023 05:34 PM
elok la mogok lapar... kalau boleh biar mampos kebulur terus seko2...

punya la taksub nak menang padahal sendiri yang boleh lawan undi bell tu yang seluruh malaysia gigih mengundi...
perut dan otak ko patut bagi kerengga hurung supaya dua2 benda ni bersambung selnya...


Quote lattehazelnut 23-7-2023 05:38 PM
Tapi mmg byk troll group tu..
Knp ntah wartawan kelas belakang suka ceduk dr group tu..
Quote Suchi 23-7-2023 05:50 PM
Wartawan yg ngok iols pun pelik bukan satu dua post kat group tu wartawan2 ngok ni amik wat tajuk berita.
Semua pakat bertenggek kat group bipoti tu belaka kan?
90% post kat group tu semuanya troll dan merapu2.
Manusia2 yg tersakit hidup kesepian suka dengar bunyi notification drpd fb je yg rajin duk post mengundang kat situ.

Quote Kakashial 23-7-2023 10:34 PM
Cleocatra replied at 23-7-2023 10:19 PM
Tolong la hentikan dasi sskjp ni naik jadi retis
Sek diorang ni pelik2
Tengok yang ada sekarang suda ...


Tapi kaka Rasa syami n isteri dia sgt bijak mengambil peluang. Deols lg bijak Dr influencers lain. Masa dorg tgh laku Ni betul2 buat duit bisnes. Rasa dorg dah tahap jutawan kot n kejutawanan tu dtg dr bisnes bkn paid review. Rasa mcm dah stop paid review dah. Enterframe tu sekadar utk kekal relevan rasanya. Spy pemuja X beralih arah. Knowing setkitojangepecoh Ni slagi Kau relevan, Satu negeri support sungguh2.
Quote solarlunar 23-7-2023 10:42 PM
Kakashial replied at 23-7-2023 10:34 PM
Tapi kaka Rasa syami n isteri dia sgt bijak mengambil peluang. Deols lg bijak Dr influencers lain. ...

Business air depa tu masih on ke??? Tgk laku sungguh wpun jual air. Baru2 ni pegi Kelantan. Tgk depa ada bawak kuar perfume - Blank.

Dok promote kt Kopitiam Kita.
Quote Raman 23-7-2023 11:54 PM
Aku bukan peminat dia atau content dia, Tapi aku respect cara dia

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033189 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top